Dah lama tak buat review drama Korea, list drama makin panjang tapi review tak buat buat lagi hahaha. Jadi hari ini aku nak buat review drama Korea best yang bertajuk When The Camellia Blooms. Korean Drama When The Camellia Blooms ini mempunyai 40 episod, setiap episod 30 minit tapi kalau jadikan sejam kiranya 20 episod jela. Drama ini release pada 18 September 2019 dan tamat episodnya pada 21 November 2019 yang lalu. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Justice dan kemudian akan digantikan dengan drama Woman Of 9.9 Billion. Antara pelakon drama Korea When The Camellia Blooms ini adalah Gong Hyo Jin, Kang Ha Neul, Kim Ji Suk, Oh Jung Se, Son Dam Bi, Kim Kang Hoon, Ko Du Shim, Lee Jung Eun, Lee Kyu Sung dan ramai lagi. Drama ini juga aku pilih sebagai drama terbaik pilihan aku untuk tahun 2019, kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini okey 👉👉 Top 21 Drama Korea Terbaik 2019. Tapi untuk tahun 2020 aku tak buat lagi list drama Korea terbaik pilihan aku untuk tahun 2020, tapi nanti - nanti aku akan buat jugalah kot. Berbalik pada drama Korea When The Camellia Blooms ini aku suka dengan jalan ceritanya yang macam - macam ada. Kisah cinta ada, lawak ada, misteri ada, suspen ada, jenayah dan pembunuhan ada. Pendek kata macam - macam ada dalam drama ini, selain itu drama ini juga ada banyak pengajaran dan jalan ceritanya dekat dengan realiti masyarakat kini.
Gong Hyo-jin as Oh Dong-baek
Kang Ha-neul as Hwang Yong-sik
Kim Ji-seok as Kang Jong-ryul
Ji Yi-soo as Jessica / Park Sang-mi
Oh Jung-se as No Gyu-tae
Yeom Hye-ran as Hong Ja-young
Son Dam-bi as Choi Hyang-mi
Kim Kang-hoon as Kang Pil-gu
Go Doo-shim as Kwak Deok-soon
Lee Jung-eun as Jo Jung-sook
Jun Bae-soo as Byun Bae-soo
Sinopsis Drama Korea When The Camellia Blooms
Mengisahkan tentang Dong Baek yang merupakan seorang ibu tunggal yang membuka sebuah bar restoran bernama Camellia di Ongsan. Dong Baek tak pernah berkahwin tapi mempunyai seorang anak lelaki dan anaknya membesar dan bersekolah di Ongsan. Disebabkan statusnya sebagai ibu tunggal, dia sering dipandang serong oleh orang sekeliling. Ramai jiran - jiran yang suka mengumpatnya dan memulaukannya, namun Dong Baek hanya mampu bersabar dan tersenyum, dia terus bertahan tinggal disitu. Hidupnya mula indah bila ada seorang lelaki muda yang merupakan seorang polis bernama Hwang Yong Sik jatuh cinta padanya dan tidak segan untuk menunjukkan rasa cintanya pada Dong Baek. Walaupun Dong Baek juga suka pada Yong Sik, dia sentiasa serba salah kerana ibu Yong Sik tidak merestui hubungan mereka. Walaupun ibu Yong Sik sedar yang Dong Baek seorang wanita yang baik, namun dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Disebabkan hal tersebut Dong Baek sukar untuk menerima cinta Yong Sik, namun Yong Sik tak pernah putus asa untuk menagih cinta Dong Baek. Malah dia juga cuba mengambil hati anak Dong Baek iaitu Pil Gu. Keadaan mula jadi haru biru bila bekas kekasih Dong Baek iaitu Kang Jong Ryeol yang juga ayah kandung pada anak Dong Baek iaitu Pil Gu muncul semula dalam hidup Dong Baek. Kang Jong Ryeol seorang pemain Baseball yang terkenal dan sudah pun berkahwin dengan Jessica. Namun setelah K.Jong Ryeol yakin yang Pil Gu adalah anaknya, dia mula ingin kembali semula dalam hidup Dong Baek. Namun dalam masa yang sama Dong Baek diburu dan diancam oleh pembunuh bersiri bernama Joker kerana Dong Baek adalah satu - satunya saksi kes pembunuhan yang masih hidup. Dong Baek mula risau akan keselamatannya dan juga anaknya manakala Yong Sik berazam akan menangkap pembunuh tersebut dan melindungi Dong Baek. Apa yang berlaku seterusnya?..
Korean Drama When The Camellia Blooms ini juga menang banyak anugerah dalam KBS Drama Awards 2019. Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul yang melakonkan watak sebagai Dong Baek dan Hwang Yong Sik berjaya melakonkan watak masing - masing dengan baik sekali. Aku suka tengok Gong Hyo Jin sebagai Dong Baek yang merupakan seorang wanita yang baik, lemah - lembut, penyayang. Manakala Kang Ha Neul pula nampak comel dengan karakter wataknya yang romantik gila bila dengan Dong Baek dan sangat bersungguh - sungguh untuk mendapatkan cinta Dong Baek, dia juga tak mudah putus asa. Sampai boleh terfikirlah memang untunglah siapa - siapa yang dapat lelaki yang mempunyai perangai macam Hwang Yong Sik ni hahaha. Plus keserasian antara Gong Hyo Jin dan Kang Ha Neul juga nampak comel dan sweet, walaupun pada realitinya usia diorang beza 10 tahun. Halangan utama percintaan antara Dong Baek dan Yong Sik ni mestilah sebab ibu Yong Sik yang tak merestui tu. Tapi of courselah penonton boleh faham mengapa dan kenapa serta sebab ibu Yong Sik tak dapat menerima Dong Baek tu. Even Dong Baek sendiri pun faham perasaan ibu Yong Sik tu kerana Dong Baek juga seorang ibu dan ada anak lelaki juga. Di permulaan cerita, drama ini memang memfokuskan tentang hidup Dong Baek serta kisah percintaannya dengan Yong Sik serta beberapa adegan flashback kisah Dong Baek dengan bekas teman lelakinya yang dulu. Namun jalan cerita jadi makin best bila pembunuh bersiri tu muncul, jadi penonton akan mula berteka - teki siapa pembunuh yang sebenar?
Siapa sangka pembunuh tu sebenarnya dekat saja dengan Dong Baek jeng jeng jeng. Sapa yang dah tengok drama ni tahulah kan siapa pembunuhnya, tapi paling kesian dekat Hyang Mi tulah yang merupakan pembantu Dong Baek yang mati di tangan pembunuh tu. Dahlah masa tu dia baru nak berubah jadi lebih baik, tup tup dah mati. Selain itu aku scene - scene yang melibatkan anak Dong Baek tu juga best dan touching gitu, sebab anaknya tu walaupun muda lagi tapi pemikirannya sangat matang, dah macam orang dewasa pula tu. Cuma satu jela yang aku tak suka dengan anak Dong Baek ni, bila last minit dia buat hal dan tak dapat menerima hubungan cinta mak dia dengan Hwang Yong Sik tu. Walaubagaimanapun dont worry ending drama Korea When The Camellia Blooms ni memang happy ending gitu. Pendek katanya drama ini memang best, tak ada moment - moment yang membosankan pun. So pada yang mencari drama - drama Korea yang best bolehlah try tengok drama ini nanti. Jadi secara keseluruhannya aku bagi 9.5/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga Episod 13 (Tonton Full Episode) Di TV3