Senin, 02 Oktober 2017

Tonton Film Queen For Seven Days - Korean Drama Review

Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Review Drama Korea - Queen For Seven Days

Assalammualaikum..
Hari ini tibalah giliran Drama Korea Queen For Seven Days untuk direviewkan, kalau tengok dari tajuk drama ini saja dah mampu buat penonton tertarik untuk menonton drama ini. Drama 20 episod ini mula disiarkan pada 31 Mei yang lalu dan tamat pada 3 Ogos 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Queen Of Mystery dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Manhole. Antara Pelakon Drama Queen For Seven Days ini terdiri daripada Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang dan ramai lagi. Pelakon Lee Jin Wook telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam drama ini namun akhirnya dia menolak dan kemudian watak ini menjadi milik Yeon Woo Jin. Drama Queen For Seven Days ini turut mengambil latar masa yang sama dengan Drama Rebel : Thief Who Stole The People, dimana kedua - dua drama ini menceritakan tentang kisah Raja yang kejam. Walaupun ada persamaan, tapi jalan cerita kedua - dua drama ini agak berbeza kerana dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People, menceritakan tentang kisah Hong Gil Dong dan pemberontakkannya menentang raja yang kejam namun dalam drama Queen For Seven Days ini mengisahkan tentang hubungan adik - beradik, perebutan takhta dan juga kisah cinta putera Jinsung dan Lady Shin. 
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Lebih menarik lagi drama ini diinspirasikan dari kisah benar dan lebih memfokuskan tentang kisah Lady Shin yang terperangkap di tengah - tengah antara raja yang kejam dan juga cinta hatinya yang merupakan adik kepada raja yang ingin membalas dendam dan menegakkan keadilan. Kalau korang tengok dari tajuk drama ini pun korang dah boleh teka yang Lady Shin sempat merasa menjadi Queen selama 7 hari saja sebelum gelarannya ditarik balik dan keluar dari istana. Lee Dong Gun berjaya membawa watak Raja (Lee Young) yang kejam dengan sangat baik sekali, kadang - kadang memang geram dengan wataknya itu, tapi bila tengok episod akhir drama ini, rasa kesian pula dengan raja tu. Selain itu aku juga rasa menyampah juga dengan watak Shin Chae Kyung yang lambat betul nak sedar tentang personaliti Raja Lee Young yang sangat kejam tu, walaupun niat Chae Kyung baik nak mendamaikan dua beradik tapi cara dia tu tak betul dan akhirnya menyukarkan Lee Yeok untuk bertindak. Perhubungan adik beradik yang dingin antara Lee Young dan Lee Youk itu semestinya disebabkan bapa mereka. Lee Youk ketika remaja sangatlah adorable, nampak sangat dia setia dan sayang pada abangnya tu, tapi Lee Young ni pula sentiasa berasa terancam dengan kehadiran Lee Yeok di istana kerana dia yakin Lee Youk boleh merampas takhtanya itu. Sikap abangnya tu akhirnya benar - benar merubah Lee Youk.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu, Queen For 7 Days,
Selain itu aku juga geram dengan sikap bapa Shin Chae Kyung iaitu Shin Soo Geum yang sangat setia gila - gila pada raja tapi raja tu tak menghargai pun kesetiannya itu. Sampai dia sanggup mengorbankan nyawanya pada raja, sampai Mak Chae Kyung pun mati sekali, kesian pada Chae Kyung yang tak pasal - pasal jadi anak yatim piatu dah. Sedangkan pada waktu itu, bapa Chae Kyung ada pilihan untuk duduk saja di rumah sebab ada pemberontakan berlaku dan raja akan digulingkan, tapi dia stil degil nak keluar dari rumah. Watak jahat dalam drama ini ada 2 orang, kedua - duanya adalah menteri, aku yakin pasti ramai yang geram betul dengan menteri jahat ini. Awalnya aku ingatkan ada sorang saja menteri jahat ni, tak sangka yang menteri kedua lebih jahat. Nasiblah menteri jahat berkenaan dapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan diorang. Semua scene yang melibatkan watak Lee Yeok (lakonan Yeon Woo Jin) dan watak Lee Young (lakonan Lee Dong Gun) memang sentiasa menarik dan suspen. Terutamanya apabila kedua - dua watak ini saling bergaduh dan berlawan memang sangat suspen dan mendebarkan gitu. Lagu tema / OST Queen For Seven Days ini juga agak best.
Queen For Seven Days, Drama Korea, Korean Drama, Korean Artist, Korean Style, Pelakon, Sinopsis, Drama Korea Queen For Seven Days, Channel KBS World, Joseon, Raja Kejam, Perebutan Takhta, Cinta, Pelakon Drama Queen For Seven Days, Park Min Young, Yeon Woo Jin, Lee Dong Gun, Jang Hyun Sung, Kang Shin Il, Son Eun Seon, Do Ji Won, Chansung (2PM), Park Won Sang, OST, Ending, My Review, Korean Drama Review, My Opinion, My Feeling, Review By Miss Banu,
Ending Drama Queen For Seven Days ini agak menyedihkan jugalah bagi aku sebab Shin Chae Kyung terpaksa berpisah dengan suaminya Lee Yeok buat sementara waktu. Bertambah sedih apabila Chae Kyung tidak dapat menjadi permaisuri kerana dikatakan anak pemberontak. Cuma agak mengelirukan juga endingnya sebab Lee Yeok seperti bermimpi apabila ada scene - scene dia hidup bahagia dengan Chae Kyung. Secara keseluruhannya, drama ini memang seronok ditonton, walaupun endingnya macam sedih juga tapi masih okeylah juga. Apa pun aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar