Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna
Telemovie Bini Aku Dari... atau pun Telemovie Bini Aku Dari Neraka telah pun disiarkan di Astro Warna pada hari raya kedua yang lalu. Telemovie ini adalah sambungan kepada drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka lakonan Aiman Hakim dan Sharifah Sakinah. Telemovie ini masih mengekalkan sebahagian besar pelakon asal versi drama dan pelakon - pelakon telemovie Bini Aku Dari Neraka ini adalah Aiman Hakim, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz, Fiza Thomas (Afi AF), Sharifah Shahora dan ramai lagi. Telemovie Bini Aku Dari..ini akan memfokuskan tentang kehidupan Rudi dan Lidya sebagai suami isteri pula. Lawak juga telemovie ini cuma bagi aku versi drama lebih kelakar lagi hehe. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Bini Aku Dari Neraka di bawah ini ye.
Sinopsis Telemovie Bini Aku Dari...(Telemovie Raya) - Astro Warna
Mengisahkan tentang Rudi dan Lidya yang telah berkahwin, namun Lidya masih sengaja mengekalkan personaliti bimbonya bagi mengelakkan Rudi bosan dengannya. Kawan baik Rudi iaitu Mamat juga dah menjadi seorang bapa dan sibuk menguruskan anaknya. Rudi masih belum bersedia untuk menjadi seorang bapa dan lebih suka untuk hidup berdua saja dengan Lidya buat masa terdekat. Berbeza dengan Lidya yang menginginkan anak dan akhirnya Lidya mengandung, namun berita Lidya mengandung tidak menggembirakan Rudi sebaliknya membuatkan Rudi menjadi panik. Rudi juga telah dinaikkan pangkat dan telah dipindahkan ke pejabat lain, Rudy juga mendapat seorang pembantu wanita yang sangat cantik bernama Dayang bagi membantu kerja - kerja Rudi. Rudi telah jatuh hati pada Dayang dan selalu mengorat Dayang di tempat kerja. Manakala Lidya pula cuba berubah ke arah yang lebih baik sempena bulan Ramadan dengan kerap mendengar ceramah agama. Walaubagaimanapun Lidya telah masuk ke website ajaran sesat yang mengajar hukum hakam yang tidak betul dan Lidya terpengaruh dan mengamalkannya sehingga membuatkan hidup Rudi kucar - kacir. Apa yang berlaku seterusnya?..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar