Jumat, 27 Juli 2018

Tonton Film Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)

Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah Slot Samarinda TV3 

Drama Semerah Cinta Humairah adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang mula bersiaran pada 24 Julai yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Drama Semerah Cinta Humairah ini mempunyai 15 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Pengantin 100 Hari yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Semerah Cinta Humairah ini adalah Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Wan Sharmila, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Orangtree Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, plus para pelakonnya juga best - best belaka, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..

Sinopsis Drama Semerah Cinta Humairah Slot Samarinda TV3 

Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama. Tak lama kemudian, Humairah mengandung dan akhirnya melahirnya anak lelaki diberi nama Harith. Saiful, kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu. Camelia pula terus mencari helah memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh. Dugaan demi dugaan mencabar kesetiaan Humairah, namun adakah takdir akan menyebelahinya? dapatkah Humairah hidup bahagia?.

Lagu Tema / OST Semerah Cinta Humairah
➔ Dusta nyanyian Aepul Roza

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Humairah
Fahrin Ahmad sebagai Shahir
Wan Sharmila sebagai Camelia
Fadlan Hazim sebagai Saiful
Idzham Ismail sebagai Hisham
Kuza sebagai Datin Suria
Mahmud Alibashah sebagai Datuk Kamarul
Zeika Khamis sebagai Nazira
Fimie Don sebagai Hasrul
Ainul Aishah sebagai Sheila
Hafidzuddin Fazil sebagai Pak Zali
Fadilah Mansor sebagai Hamidah
Kismah Johar sebagai Mak Cik Wardah
Feiyna Tajudin sebagai Husna

My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar