Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi Slot Sonia TV3
Drama Hindi Main Naa Bhoolungi (I Won't Forget) adalah drama terbaru di slot Sonia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Razia Sultan yang telah tamat episodnya. Sebelum ini TV3 juga sudah pernah menyiarkan drama hindi yang lain seperti Naagin dan Zindagi Gulzar Hai. Antara pelakon Drama Hindi Main Naa Bhoolungi ini adalah Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Bhuvan Chopra, Nigaar Khan, Anang Desai, Papiya Sengupta dan ramai lagi. Drama ini release di India pada tahun 2013 dan tamat disiarkan pada tahun 2014 dan kini pada tahun 2018, ianya disiarkan di Malaysia pula. Kalau tengok dari sinopsis drama hindi Main Naa Bhoolungi ini memang nampak menarik jalan ceritanya sebab ada plot twist dan juga pembalasan dendam, dramatik gitu kan. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Hindi Main Naa Bhoolungi Slot Sonia TV3
Mengisahkan tentang Shikha Gupta, seorang wanita cerdik dan berdikari. Shikha telah berkenalan dengan jejaka bernama Sameer Verma, yang merupakan seorang usahawan berjaya. Disangkakan sesuai untuk dijadikan suami, Shikha jatuh cinta lalu berkahwin dengan Sameer. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. Pada mulanya, rumahtangga pasangan ini kelihatan seperti bahagia dan sempurna. Namun, Shikha langsung tidak tahu bahawa nama sebenar suaminya ialah Aditya Jagannath, dan lelaki ini mempunyai muslihatnya tersendiri. Suatu hari, Sameer telah tunjuk belangnya, dan cuba untuk membunuh Shikha serta menculik anak mereka, Manav. Shikha bernasib baik kerana dia berjaya diselamatkan. Sejak hari itu, hati Shikha diselubungi dengan perasaan benci dan marah. Dia bernekad untuk mencari anaknya dan membalas dendam terhadap Aditya yang telah memusnahkan kehidupannya. Shikha kemudian menukar namanya menjadi Samaira Seth dan turut merubah penampilannya menjadi lebih cantik berbanding dulu.
Rupa - rupanya Aditya / Sameer sudah pun mempunyai isteri bernama Madhurima yang merupakan perancang utama segala rancangan jahat ke atas Shikha. Manakala Shikha pula berjaya masuk ke dalam syarikat Jaggannath Group sebagai brand ambassador mereka. Awalnya Aditya yakin yang Samaira Seth itu adalah Shikha dan memberitahu isterinya mengenai Shikha yang masih hidup, namun isterinya Madhu tidak mempercayai kata - kata Aditya. Lama - kelamaan Aditya jatuh hati pula pada Samaira dan sanggup mengkhianati isterinya Madhurima. Rancangan Shikha makin berjaya apabila Aditya mengikut segala kata - katanya, namun bila Madhu mengetahui siapa sebenarnya Samaira, Madhu mula marah, begitu juga dengan Aditya yang turut mengetahui mengenai kebenaran Samaira Seth itu. Akhirnya Madhu dan Aditya kembali bersama dan merancang untuk membunuh Shikha. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..
Watak Pelakon
- Aishwarya Sakhuja as Shikha Avinash Gupta/Samaira Seth
- Vikas Manaktala as Sameer Verma/ Aditya Jagannath
- Avinesh Rekhi as Neeraj Sachdeva
- Bhuvan Chopra as Avinash Gupta
- Rajlaxmi Solanki as Sudha Avinash Gupta
- Pulkit Bangia as Vineet Avinash Gupta
- Nigaar Khan as Madhurima Aditya Jagannath
- Papiya Sengupta as Sunaina Mahanto Jagannath
- Anang Desai as Mahanto Jagannath
- Atul Kinagi as Jai Mahanto Jagannath
- Garima Jain as Arya Mahanto Jagannath
Tidak ada komentar:
Posting Komentar