Dalam bulan Ogos yang lalu, aku sempat menonton 2 Drama Korea dan juga 1 Korean Movie iaitu Derailed, What's Wrong With Seretary Kim dan juga Life On Mars. Drama - drama Korea tersebut akan aku review nanti. Apa pun jom tengok sedikit ulasan aku mengenai drama dan filem ini di bawah ye.
1) What's Wrong With Secretary Kim (2018)
Pelakon: Park Seo Joon, Park Min Young, Lee Tae Hwan, Chansung (2 PM), Kang Ki Young, Pyo Ye Jin, Hwang Bo Ra dan ramai lagi
Drama 16 episod yang bergenre romantik komedi ini sememangnya disukai ramai, tambahan lagi drama ini dilakonkan oleh pelakon popular yang kacak dan jelita gitu. Scene - scene kelakar dalam drama Korea What's Wrong With Secretary Kim ini memang lawak dan menghiburkan tapi aku agak struggle untuk menghabiskan kesemua episod drama ini. Mungkin sebab drama ini terlalu santai, kurang suspen dan lebih memfokuskan tentang percintaan saja membuatkan aku jadi bosan. Tapi aku tak nafikan keserasian pelakon utama drama ini membuatkan drama ini menjadi popular.
2) Derailed (Korean Movie) - 2016
Pelakon: Choi Minho (SHINee), Ma Dong Seok, Da Eun, Kim Jae Young, Lee You Jin dan ramai lagi
Aku tertarik nak tengok movie ini sebab ada Minho dan Ma Dong Seok tapi jalan ceritanya memang boring bagi aku dan kurang menarik. Sebab sepanjang cerita, kesemua watak dalam drama ini asyik maki - hamun, pukul - memukul dan gaduh sepanjang masa, sampai aku pun jadi pening hahaha. Filem Korea Derailed ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang lari dari rumah dan hidup di jalanan, macam - macam kerja yang dilakukan oleh mereka untuk mendapatkan duit termasuklah mencuri, merompak dan menipu. Akhirnya apa yang dilakukan mereka itu memakan diri, apabila seorang lelaki yang ditipu mereka menjejaki mereka kembali dan menjadikan salah seorang dari mereka tebusan. Segalanya menjadi semakin buruk, apabila mereka turut diburu oleh orang lain yang berdendam dengan mereka.
3) Life On Mars (2018)
Pelakon: Jung Kyung Ho, Park Sung Woong, Go Ah Sung, Oh Dae Hwan, Noh Jong Hyun, Jeon Hye Bin dan ramai lagi.
Drama Life On Mars ini merupakan antara drama favorite aku, plus drama ini ada Jung Kyung Ho yang berlakon gitu. Bagi aku semua drama lakonan Jung Kyung Ho ini memang best, berbalik pada drama ini ianya merupakan adaptasi daripada drama orang putih yang tajuknya juga sama. Drama ini akan membuatkan korang berfikir tentang apa sebenarnya yang berlaku pada watak utama dan menyuruh penonton untuk membuat kesimpulan sendiri terutamanya di bahagian ending Korean Drama Life On Mars ini. Drama ini memang suspen, plus keserasian para pelakon juga memang terbaik, scene - scene cinta pun memang kurang tapi walaupun tak banyak tetap sweet gitu. Scene kelakar lagilah lawak dan best. Mengisahkan tentang seorang polis yang sedang menjejaki seorang penjenayah berbahaya dan kemudian mengalami kemalangan. Apabila dia sedar dari kemalangan itu dia tiba - tiba berada dalam tahun 1988 dan terpaksa menyesuaikan diri di zaman itu dan dalam masa yang sama mencari jalan untuk pulang ke tahun 2018.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar