Review Drama Korea - Children Of A Lesser God
Hari ini aku nak buat review drama Korea Children Of A Lesser God yang mula disiarkan di channel OCN pada 3 Mac 2018 dan tamat episodnya pada 22 April yang lalu. Antara pelakon drama Korea Children Of A Lesser God ini adalah Kang Ji Hwan, Kim Ok Vin, Sim Hee Seop, Lee Elijah, Jang Gwang, Ahn Kil Kang, Lee Jae Yong, Kim Dong Young dan ramai lagi. Korean Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan drama Bad Guys : Vile City dan kemudian akan digantikan dengan drama Mistress. Manakala pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Tazza, Midas, The Heirs dan lain - lain lagi. Walaupun tajuk drama ini tak begitu menarik tapi aku tertarik nak tengok drama Children Of A Lesser God ini kerana jalan ceritanya yang unik dan suspen, dimana ianya menggabungkan semua konsep dalam 3 drama Korea yang lain iaitu drama Save Me, Black dan While You Were Sleeping ke dalam drama ini. Selain itu aku juga suka gandingan Kang Ji Hwan dan Kim Ok Vin sebagai hero dan heroin drama Children Of a Lesser God ini. Kang Ji Hwan memang bijak memilih drama - drama yang best untuk dilakonkannya, manakala Kim Ok Vin pula menyerlah dalam filem The Villainess sebelum ini. '
Kim Ok Vin melakonkan watak sebagai Kim Dan / Byul dalam drama ini, malah dia juga berambut pendek dan buatkan dirinya bertambah cute gitu. Tapi ikutkan aku lebih sukakan dia berambut panjang sebab nampak dia lebih cantik. Kim Dan merupakan seorang polis tapi mempunyai kisah silam yang menakutkan, dimana ketika kecil dia menjadi saksi pembunuhan beramai - ramai di sebuah gereja. Kejadian tersebut turut mengorbankan seluruh keluarganya juga. Malah Kim Dan juga mempunyai kelebihan untuk meramal apa yang akan berlaku dan boleh mengetahui jenayah yang bakal berlaku serta melihat saat - saat terakhir sebelum mangsa mati dan sebagainya. Hal ini memudahkan tugasnya sebagai polis untuk menghalang jenayah dari berlaku namun berdepan masalah untuk menerangkan kelebihannya dan kemampuan luar biasanya pada orang lain, kerana tak ada siapa yang akan mempercayainya. Manakala Kang Ji Hwan pula memegang watak sebagai Cheon Jae In yang juga seorang polis dan merupakan ketua pada Kim Dan. Cheon Jae In sangat obses dengan fakta dan juga sains, dia langsung tidak mempercayai pada hantu atau pun pada kemampuan luar biasa Kim Dan itu.
Tapi setelah adik perempuannya dibunuh oleh pembunuh bersiri yang telah diberitahu Kim Dan padanya membuatkan Cheon Jae In meletakkan jawatannya dan menjadi gelandangan beberapa tahun semata- mata untuk mencari pembunuh berkenaan. Part dia jadi gelandangan tu agak lawak jugalah sebab dia berkawan baik dengan semua gelandangan lain siap jadi ketua gelandangan lagi tu haha. Setelah dia melihat sendiri kemampuan luar biasa Kim Dan, akhirnya Cheon Jae In terpaksa mempercayai Kim Dan walaupun ianya tidak masuk akal. Mereka bersama - sama menyiasat kes kematian adik Cheon Jae In dan mengetahui yang kes tersebut saling bersangkut paut dengan sejarah silam Kim Dan ketika kanak - kanak dan ramai orang berpengaruh turut terlibat dan menyukarkan penyiasatan. Bila tengok drama ini memang korang akan tersuka dengan watak Joo Ha Min / Popeye lakonan Sim Hee Seop yang adorable tapi dalam masa yang sama sangat menyedihkan. Jo Ha Min adalah kawan Kim Dan ketika kanak - kanak tapi Kim Dan tidak mengingatinya kerana mereka sudah terpisah lama. Tapi nampaklah yang Joo Ha Min atau nickname popularnya Popeye sangat mengambil berat dan sayang pada Kim Dan. Namun dia terlibat dengan orang - orang jahat dan menyukarkan dia untuk berbaik dengan Kim Dan.
Apa pun lakonan Sim Hee Seop memang terbaik, first time aku tengok dia berlakon adalah menerusi drama Rebel : The Thief Who Stole The People. Wataknya dalam drama tersebut juga sangat best okey. Aku suka dengan jalan cerita drama Korea Children Of A Lesser God ini yang menyelitkan elemen misteri, suspen, jenayah, ajaran sesat, hantu dan fantasi dalam drama ini. Aku suka dengan hubung kait setiap watak yang saling berkaitan antara satu sama lain, selain itu pelakon cantik Lee Elijah membawakan watak sebagai Baek Ah Hyun yang merupakan anak orang kaya tapi jahat dan selfish gitu. Banyak scene - scene lawak datang dari watak Cheon Jae In yang kadang kala agak gila - gila. Lagu tema / OST Children Of a Lesser God not bad juga, semua lagu latar juga sesuai dengan jalan cerita. Masa aku menonton drama ini secara online, aku nak tergelak dengan english subtitlenya yang berterabur dan huru hara tapi masih boleh faham jalan cerita drama ini, Tapi aku dah tonton lama dah drama ini, maybe sekarang subtitlenya dah okey kot. Manakala ending drama Korea Children Of A Lesser God ini stil happy ending gitu, ikutkan awalnya aku risau juga kalau Joo Ha Min tu mati tapi nasiblah tak hehehe. Ending drama ini tidak tergantung dan best bila tengok diorang bertiga dalam keadaan yang berbeza dan tak sama macam dulu.
Selain itu drama ini juga tidak memfokuskan kisah cinta, kalau ada pun sikit saja tapi stil lawak dan sweet. Apa pun aku bagi 8/10 untuk Korean Drama ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar