Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa Slot MegaDrama Astro Ria
Drama Isteri Untuk Disewa adalah drama terbaru yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bagi menggantikan drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Isteri Untuk Disewa ini adalah Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Zul Helmy, Nynaa Harizal, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman dan ramai lagi. Drama Isteri Untuk Disewa ini adalah adaptasi daripada Novel Isteri Untuk Disewa karya novelis terkenal Syamnuriezmil. Selain itu drama ini sudah mula disiarkan sejak 5 November 2018 yang lalu dan mempunyai 24 episod. Pengarah drama ini adalah Osman Ali dan drama ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd.
Rasanya ini kali pertama Fattah Amin bergandingan dengan Tiz Zaqyah. Nampak menarik juga drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa Lakonan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah
Nur Adreiana (Tiz Zaqyah) seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap. Noah Ryzal (Fattah Amin) pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga.
Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur. Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan (Harris Annuar), CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad (Zaki Azeman) kawan baik dari kecil, Suffi Naufal (Halim Radzi) muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur. Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?
Lagu Tema / OST Isteri Untuk Disewa
➔ Isterimewa nyanyian Fattah Amin
Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek
Tidak ada komentar:
Posting Komentar