Sinopsis Drama Leftenan Zana (TV3) Lakonan Janna Nick
Drama Leftenan Zana adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Aku Cinta Dia yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Leftenan Zana ini adalah Janna Nick, Tunku Hanis, Sheila Rusly, Redza Rosli, Izzat Mushtaq, Aprena Manrose, Zarul Husin, Ameerul Asyraf, Hairie Othman, Nazrief Nazri, Idzham Ismail dan ramai lagi. Drama Leftenan Zana ini disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam dan sudah bersiaran di TV3 sejak 8 Februari yang lalu. Selain itu penulis skrip drama ini adalah Sofia J Rhyland dan diarahkan oleh Azman Hj Yahya / Jinggo serta diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Selalunya drama - drama yang berkaitan ketenteraan ni memang best - best belaka, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.
Sinopsis Drama Leftenan Zana Slot Iris TV3
Mengisahkan mengenai impian Zana (Janna Nick) yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat. Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti Rahmat. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi (Nazrief Nazri), anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat. Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya berjaya diterima sebagai pelatihATM dan perlu menjalani latihan di Melaka.
Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah. Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar (Sheila Rusly) yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental. Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz (Tunku Hanis) yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Zana akan terus berputus asa dan akhirnya mengaku kalah pada bapanya.?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar