Korean Drama Review 100 Days My Prince
Macam biasa hari ini aku nak buat review drama Korea 100 Days My Prince yang release pada 10 September 2018 di channel TVN dan tamat episodnya pada 30 Oktober 2018. Antara pelakon drama Korea 100 Days My Prince ini adalah Do Kyung Soo (D.O EXO), Nam Ji Hyun, Kim Sun Ho, Han So Hee, Kim Jae Young, Jo Sung Ha, Jo Han Chul, Lee Min Ji dan ramai lagi. Selain itu Korean drama 100 Days My Prince ini mempunyai 16 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Let's Eat 3 dan kemudian akan digantikan dengan drama Mama Fairy and The Woodcutter. It is the fifth highest rated Korean Drama in cable TV history, manakala episod akhir drama Korea 100 Days My Prince ini juga turut trending di Twitter. Antara tarikan utama drama ini pastilah sebab para pelakonnya yang memang popular. Selain itu drama ini berlatarbelakangkan zaman Joseon dan mengisahkan tentang putera mahkota Lee Yul (lakonan D.O) yang cuba dibunuh oleh pembunuh upahan yang diupah oleh bapa mertuanya iaitu Kim Cha Eon (Jo Sung Ha) yang merupakan orang penting di istana. Lee Yul kemudian disangka mati tapi sebenarnya terselamat namun mengalami masalah hilang ingatan. Lee Yul kemudian berkahwin dengan Hong Shim (lakonan Nam Ji Hyun) kerana kasihankan Hong Shim yang hampir dipaksa kahwin dengan lelaki tua yang kaya raya dan banyak perempuan simpanan. Bapa angkat Hong Shim yang menemui Lee Yul yang cedera parah di hutan itu merahsiakan hal itu dari Hong Shim, sebaliknya membuat cerita yang Lee Yul itu adalah Na Won Deuk yang merupakan kawan Hong Shim ketika mereka masih kecil dulu.
Banyak peristiwa lucu yang berlaku ketika Lee Yul hilang ingatan dan terpaksa hidup sebagai Na Won Deuk. Lee Yul tidak mampu bertahan untuk bekerja dengan kerja - kerja kampung. Malah Lee Yul juga dilabel sebagai bodoh oleh penduduk kampung apabila sering terlibat dengan masalah dan menyusahkan isterinya Hong Shim. Malah sikap Lee Yul serta gaya percakapannya yang sedikit berlagak ala - ala orang bangsawan itu turut membuatkan orang disitu tidak selesa. Tapi seronok tengok Lee Yul hidup sebagai Na Won Deuk, sebab Lee Yul berubah jadi blur dan benggong sikit berbanding ketika dia menjadi crown prince yang sentiasa stress dan serius sepanjang masa. Plus kehidupan di Sanjoo Village itu juga aman damai dan penduduknya juga sporting dan saling bantu - membantu. Keadaan makin meriah dengan kehadiran seorang magistrate baru yang kacak bernama Jung Je Yoon (lakonan Kim Sun Ho) yang turut ada hati pada Hong Shim serta merupakan penasihat rahsia crown prince Lee Yul. Namun disebabkan dia mengalami masalah face blindness, dia gagal mengecam yang Na Won Deuk itu adalah Lee Yul, walaupun kadangkala dia perasan juga yang Na Won Deuk itu mempunyai banyak persamaan dengan crown prince. Hong Shim juga sebenarnya berasal dari keluarga bangsawan, tapi atas sebab tertentu dia terpaksa menyamar dan hidup seperti orang biasa.
Lebih tragis bila pembunuh upahan yang memburu Lee Yul itu adalah Moo Yeon (lakonan Kim Jae Young) yang merupakan abang kandung Hong Shim sendiri. Moo Yeon sudah terpisah dengan adiknya sejak remaja telah berjanji akan datang berjumpa dengan adiknya satu masa kelak. Namun ketika Moo Yeon ingin membunuh Lee Yul dia terperanjat melihat adiknya kini dah jadi isteri Lee Yul. Apa yang berlaku seterusnya? okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea 100 Days My Prince ini. Aku tak nafikan drama ini agak menarik juga jalan ceritanya, walaupun ada beberapa ketika ianya agak draggy juga tapi masih okey lagi. Selain itu kisah cinta antara Hong Shim dan Lee Yul itu juga bermula agak lambat, lagi pun diorang berkahwin sebab terpaksa kan. plus sedih sikit bila cinta magistrate Jung Je Yoon pada Hong Shim tidak kesampaian kerana dia bertepuk sebelah tangan. Namun aku suka dengan sikapnya yang maintan cool dan sentiasa berfikiran positif serta masih setia berkhidmat dengan crown prince Lee Yul itu. Ikutkan aku suka juga tengok kehidupan Lee Yul di istana yang terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan ancaman dari pelbagai pihak. Bermula dengan ancaman dari bapa mertuanya yang paling dibencinya, malah Lee Yul juga melayan isterinya crown princess Kim So Hye (lakonan Han So Hee) dengan dingin sekali dan tidak pernah menyentuh isterinya itu. Namun Kim So Hye yang tengah mengandung anak orang lain memang terdesak untuk menutup kesalahannya itu. Ini belum lagi masuk ancaman dari ibu tirinya yang memang suka tengok dia mati kerana ibu tirinya menginginkan anak lelakinya untuk menjadi crown prince yang baru.
Kalau nak tahu siapa bapa kandung baby dalam perut crown princess tu kenalah tengok drama ni sebab semuanya saling berkait hahaha. Lebih menarik bila adik tiri Lee Yul turut ada hati pada crown princess dan sering protect Crown Princess ketika ketiadaan Lee Yul di istana, tapi setakat tu jela, sebab crown princess dah suka pada orang lain, selain itu adik tiri Lee Yul tu juga masih muda. Awalnya agak awkward melihat pelakon Jo Han Chul berlakon watak serius dalam drama Korea 100 Days My Prince ini iaitu sebagai raja, bapa pada Lee Yul atau lebih pada raja boneka kerana dia sentiasa mengikut cakap Kim Cha Eon itu. Jo Han Chul sebelum ini sering melakonkan watak - watak komedi dalam drama - drama lain. Apa pun nampak Jo Han Chul ni memang pelakon serba boleh gitu kerana boleh berlakon watak serius dengan baik sekali. Ending Korean Drama 100 Days My Prince ini memang happy ending gitu. Tapi rasanya jalan cerita drama ini boleh disambung ke musim kedua sebenarnya, sebab aku dah dapat jangka yang pembesar istana lain pasti tak setuju dengan keputusan Lee Yul memilih orang yang paling sayanginya untuk menjadi permaisuri Joseon. Aku juga suka dan kesian dengan watak Moo Yeon lakonan Kim Jae Young itu sebab wataknya complicated sangat, pastu terperangkap di tengah - tengah antara adiknya dan juga Kim Cha Eon.
Aku tengok drama ni dah lama, so aku tak berapa ingat dah lagu - lagu tema / OST 100 Days My Prince ni hehehe, jadi aku tak dapat nak buat ulasan mengenai OST drama ni. Kim Sun Ho yang melakonkan watak magistrate tu memang comel hahaha dan antara sebab juga kenapa aku nak tengok drama ni hehehe. Secara keseluruhannya, drama ini agak menghiburkan juga, ada banyak scene - scene suspen, sedih dan juga kelakar. Jadi aku bagi 7.8/10 bintang untuk drama ini..
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea The Beauty Inside
(Blog Miss Banu Story)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar