Korean Drama Review - Where Stars Land
Drama Korea Where Stars Land ini mengisahkan tentang suka duka kehidupan para pekerja yang bekerja di Incheon International Airport. Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum bekerja di bahagian Passenger Service Team. Lee Soo Yeon ni seorang yang misteri, dia suka buat hal sendiri dan suka bersendiran. Dia juga ada menyimpan satu rahsia besar mengenai dirinya yang menyebabkan dia menjauhkan diri dari rakan sekerjanya. Manakala Han Yeo Reum pula seorang yang ceria, peramah dan suka tolong orang, namun dia sering berdepan dengan masalah disebabkan kecuaiannya dan juga sikapnya. Disebabkan mereka ditugaskan untuk bekerja bersama - sama, akhirnya Lee Soo Yeon jatuh cinta pada Han Yeo Reum dan dia juga tidak segan meluahkan rasa hatinya pada Han Yeo Reum. Walaupun awalnya Han Yeo Reum agak keberatan dan keliru namun mereka berdua makin rapat. Kehidupan Lee Soo Yeon yang tenang mula berubah dengan kehadiran Seo In Woo (Lee Dong Gun) yang merupakan bekas abang tirinya yang kini menjadi orang atasan Lee Soo Yeon. Seo In Woo kelihatan tidak menyukai Lee Soo Yeon bekerja disitu, dia sentiasa memerhati gelagat Lee Soo Yeon dan sentiasa mencari salah silap Lee Soo Yeon.
Tanpa sengaja Seo In Woo dapat tahu rahsia besar yang cuba disembunyikan oleh Lee Soo Yeon itu dan Seo In Woo menggunakan rahsia itu untuk dijadikan alasan supaya Lee Soo Yeon dapat dipecat. Lee Soo Yeon berasa terkilan dengan sikap Seo In Woo itu, sedangkan Seo In Woo juga adalah punca mengapa Lee Soo Yeon jadi begitu dan terpaksa berahsia dengan semua orang. Rahsia apa yang disembunyikan oleh Lee Soo Yeon itu? bagaimana pula dengan hubungan Lee Soo Yeon dan Han Yeo Reum itu? adakah cintanya berbalas? kenapa Seo In Woo seakan - akan membenci Lee Soo Yeon?. Kalau nak tahu semua jawapan pada persoalan tersebut kenalah tengok drama ini okey heehehe. Awalnya aku ingatkan Korean drama Where Stars Land ni biasa - biasa saja, tapi bila dah start tengok, memang best gitu, no wonderlah boleh menang best drama gitu kan. Chae Soo Bin sangat adorable dan qiut dalam drama ni, especially dengan wataknya yang cepat gelabah dan banyak cakap tu. Seronok tengok drama ni sebab unik kerana berlatarbelakangkan lapangan terbang gitu. Lebih unik juga bila drama ni tak memfokuskan tentang pramugari mahu pun pilot tapi sebaliknya pada pekerja - pekerja di dalam Airport tu sendiri. Seronok tengok diorang bekerja di Airport tu, kiranya sebagai penonton, kita dapat belajar sesuatu gitu. Syok tengok diorang layan pelbagai kerenah pelanggan tu serta cuba menyelesaikan segala isu dan masalah yang ada di Airport tu.
Drama ni seimbang sebab ada banyak juga scene - scene kelakar, begitu juga dengan scene - scene sedih. Ikutkan memang geram dengan Seo In Woo tu, suka cari pasal dengan Lee Soo Yeon, tapi jangan terkejut okey sebab nanti ada plot twist untuk watak Seo In Woo tu, jeng jeng jeng..hehe. Aku bukanlah peminat Lee Dong Gun ni, tapi aku suka tengok lakonannya dalam drama ni, best, dan wataknya tu sesuai dengannya. Keserasian pelakon tak payah cakaplah memang semua serasi habis hehe. Selain couple utama, penonton juga akan tersuka dengan couple kedua dalam drama ini iaitu Oh Dae Ki lakonan Kim Kyung Nam dan Na Young Joo lakonan Lee Soo Kyung. Mereka berdua bekerja di bahagian Security Service Team, dan hubungan cinta diorang agak lambat sikit sebab masing - masing macam jual mahal dan ego gitu hehe. Scene - scene sedih banyak datang dari watak Lee Soo Yeon Lakonan Lee Je Hoon. Aku agak tak puas hati juga bila diorang tak ceritakan lebih lanjut apa yang berlaku pada watak - watak tertentu dalam drama ini di bahagian endingnya, sebaliknya ending drama ini hanya fokus pada main couple dan second couple saja. Ending drama Korea Where Stars Land ni memang happy ending, walaupun ramai juga penonton yang tak puas hati sebab tak nampak muka Lee Je Hoon dengan jelas di bahagian ending. Walaubagaimanapun Korean Drama Where Stars Land ini memang menghiburkan dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ni.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea The Last Empress
(Blog Miss Banu Story)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar