Fate And Furies - Korean Drama Review
Korean drama Fate and Furies ini mengisahkan tentang Goo Hae Ra (Lee Min Jung) yang hidup dalam kesusahan selepas kematian ayahnya manakala kakaknya pula berada dalam keadaan koma di hospital. Goo Hae Ra mewarisi bakat ayahnya dalam membuat kasut. Pertemuannya dengan Tae In Joon (Jo Sang Wook) serta Jin Tae Oh (Lee Ki Woo) mengubah hidupnya. Tae In Joon merupakan anak orang kaya yang kini berada dalam situasi perebutan harta dengan abangnya yang tamak. Bagi mengelakkan semua harta jatuh ke tangan abangnya, Tae In Joon sanggup untuk berkahwin dengan Cha Soo Hyun (Soo Yi Hyun) yang merupakan seorang announcer dan model terkenal walaupun sebenarnya Tae In Joon tidak menyintai Cha Soo Hyun. Manakala Cha Soo Hyun pula hanya mengikut kehendak keluarganya, walaubagaimanapun lama - kelamaan dia jatuh cinta pada Tae In Joon dan menjadi obses dengan Tae In Joon. Manakala Jin Tae Oh pula mengupah Goo Hae Ra untuk mengorat dan merebut cinta Tae In Joon supaya Tae In Joon akan membatalkan perkahwinannya dengan Cha Soo Hyun. Jin Tae Oh dan Cha Soo Hyun pernah bercinta suatu masa dulu dan mereka berdua turut mempunyai seorang anak perempuan yang sakit. Namun Cha Soo Hyun meninggalkan dirinya dan anak mereka untuk kembali pada keluarganya.
Disebabkan anaknya memerlukan buah pinggang ibunya untuk terus hidup, membuatkan Jin Tae Oh terpaksa bertindak kejam dengan memaksa Go Hae Ra untuk terus merebut cinta Tae In Joon, walaupun ada ketikanya Goo Hae Ra ingin berhenti. Kehadiran Goo Hae Ra dan Jin Tae Oh yang cuba menghalang perkahwinannya dengan Tae In Joon membuatkan Cha Soo Hyun semakin nekad untuk berkahwin dengan Tae In Joon. Keadaan makin rumit apabila Goo Hae Ra dapat tahu yang Tae In Joon dan keluarganya menjadi punca kakaknya koma. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Fate and Furies ini. Jalan cerita drama ini agak menarik juga, terdapat plot twist di hujung cerita, Lee Min Jung memang nampak lawa dalam drama ni. Tapi aku agak pelik dengan makeup Soo Yi Hyun tu yang tak habis - habis pakai lipstick merah menyala tu hahahaha. Tahula watak dia watak jahat tapi tak adalah jahat sangat sampai semua scene pun makeup dia macam tu je. Paling menyampah dengan mak tiri dan abang sulung Tae In Joon tu yang tamak dan jahat giler. Selain itu agak kesian juga pada kakak ipar Tae In Joon yang selalu kena buli, kena dera dan jadi hamba abdi dalam rumah tu. Cuma tak sangkalah ada plot twist untuk watak kakak ipar Tae In Joon tu. Selaien itu aku agak stress juga tengok perangai Goo Hae Ra yang tak selidik betul - betul tentang siapa yang sebenarnya salah pastu pi balas dendam terhadap orang yang salah.
Kemudian dalam drama Korea Fate & Furies ini juga memang ada banyak scene pandang - memandang, jeling - menjeling, renung - merenung dalam jangka masa yang lama okey pastu diiringi dengan muzik yang suspen hahaha.
Manakala lagu tema / OST Korean Drama Fate and Furies ini dinyanyikan oleh Aalia dengan tajuk Fate and Furies juga, sama tajuk dengan drama ni. Bahagian Chorus lagu Fate and Furies ini memang sering digunakan dalam drama ini. Ending drama Korea Fate and Furies ini memang happy endinglah kan tapi ending untuk watak Cha Soo Hyun dan Jin Tae Oh tu tak berapa happy ending sebab lebih pada open ending gitu. Apa pun aku bagi 7.5/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga ➔ Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional
(Blog Miss Banu Story)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar