Diam tak diam dah episod akhir drama Ryan Aralyn ni lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Shah Iskandar, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan, Fify Azmi, Kodi Rasheed, Sharifah Husna dan ramai lagi. Lepas 2 watak jahat dalam drama ni mati dan kena tangkap iaitu Hanis dan Alif, kini cuma tinggal Zarul lakonan Shah Iskandar sajalah yang tak habis - habis obses dengan Ara lakonan Raysha Rizrose. Episod akhir drama Ryan Aralyn ni pastilah memfokuskan tentang masalah Ara dan suaminya Ryan lakonan Zul Ariffin. Sama ada diorang akhirnya bercerai atau pun berbaik balik dan happy ending. Rasanya ramai yang geram dengan Ara yang ego dan keras hati yang masih memilih ingin bercerai walaupun dalam hatinya, dia masih sayang pada suaminya Ryan.
Dengan bekas tunangnya Zarul boleh pula dia senang maafkan, siap boleh borak bagai, dengan suami sendiri lain pulak jadinya. Manakala Ryan pula serahkan bulat - bulat pada Ara untuk buat keputusan dan dia terima saja keputusan Ara. Nampak kat sini mak bapa Ara dan kak Ruby yang banyak jadi orang tengah untuk menasihati kedua - duanya supaya berbaik semula. Ryan pun patut try yakinkan Ara lagi yang dia sangat cintakan Ara, ni macam mengelak nak jumpa. Kat sini dua - dua ada salah tapi aku rasa salah Ara lagi besarlah hahaha, geram pun ya juga dengan si Ara ni. So dalam episod akhir nanti maybe happy endinglah kot hahaha, jarang drama slot Akasia sad ending, betul tak? hehehe. Selepas ini drama Cinta Sekali Lagi lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan Raja Afiq akan menggantikan drama Ryan Aralyn ini.
Jom Baca Ini jugak 👉👉 Review Drama Korea Hotel Del Luna (TV3)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar