Girl In The Basement Movie Review (Inspired by actual events)
Tertarik untuk tengok movie ni, tajuk movie ni je dah nampak best kan, bertambah menarik bila movie Girl In The Basement ini adalah berdasarkan kisah benar iaitu mengenai kisah Elisabeth Fritzl di Austria. memang sedih tengok movie ni, terpikir macam manalah Elisabeth Fritzl in real life hadap segala benda tu semua. Antara pelakon movie Girl In The Basement ini adalah Stefanie Scott, Judd Nelson, Joely Fisher, Emily Topper, Jake Etheridge, Emma Myers, Braxton Bjer, Jake Nuttall dan ramai lagi. Movie ni release pada 27 February 2021 dan diarahkan oleh Elisabeth Rohm. Bila tengok movie ni memang akan kesian dengan nasib Sara yang dikurung oleh ayah kandungnya sendiri iaitu Don di bilik bawah tanah selama 20 tahun lamanya. Tapi tu dalam movie, kalau korang baca girl in the basement 2021 real story punya lagi kesian dan ngeri. Sebab dalam movie ni diorang ada ubah sikit - sikit kan.
Scene yang paling giler mestilah scene ketika Sara dikurung di basement tu, bukan sehari dua dia dikurung tapi bertahun - tahun, sampai beranak semua, anak bapa dia sendiri. Bapa dia rogol dia okey, anak pulak bukan sorang dua, sampai 4 pulak tu. Kalau yang real story punya anak dia sampai 7 kot. Lagi tragis bila mak dan kakak Sara ni tak sedar langsung yang Sara sebenarnya ada kat ruang bawah tanah umah diorang je selama bertahun - tahun. Mak dia punya lah mencari Sara merata tempat kerana menyangka Sara hilang atau kena culik ke apa ke kan, rupanya kena kidnap dengan ayah kandung sendiri. Sara ni awalnya macam remaja biasa yang lain, cuma bezanya dia ni kuat melawan ayahnya yang suka mengongkong hidupnya tu.
Berbeza dengan kakaknya Amy yang lebih mendengar kata ayahnya. Mak diorang ni pula iaitu Irene macam tersepit kat tengah - tengah antara suami dan anak. Apa pun jom tengok sinopsis lengkap movie Girl In The Basement kat bawah ini okey..
Sinopsis Penuh Movie Girl In The Basement
Mengisahkan Sara yang merupakan remaja yang ceria yang mempunyai kekasih bernama Christofer. Sara berasa terseksa dengan sikap ayahnya iaitu Don yang suka mengongkong dirinya. Sara mengimpikan ingin hidup bebas dan lari daripada rumah ketika dia sudah berusia 18 tahun nanti, Sara berkongsi impiannya itu dengan ibu dan kakaknya, namun hal tersebut telah didengari oleh ayahnya Don. Lalu Don mula mengubah suai ruangan basement rumah mereka untuk memberi pengajaran pada Sara tentang sikapnya selama ini. Ketika usia Sara hampir 18 tahun, Don telah mengurung Sara di basement rumah mereka. Disebabkan ruangan basement itu kalis bunyi, tiada sesiapa yang mendengar jeritan Sara. Ibu sara iaitu Irene dan kakak Sara iaitu Amy menyangkakan Sara hilang lalu cuba mencarinya dan turut membuat laporan polis.
Manakala Don pula berbohong dan menipu kekasih Sara iaitu Christofer yang kononnya Sara telah lari daripada rumah dengan lelaki lain bernama Steve. Don pula sering mengunjungi Sara di basement dan merogol Sara sehingga Sara melahirkan 4 orang anak bernama Marie, Michael dan Thomas. Manakala anak terakhirnya mati setelah dilahirkan, ketika Thomas dilahirkan Sara merayu pada Don agar Don membawa Thomas keatas untuk dipelihara oleh ibunya Irene. Ketika Don diberhentikan kerja, dia berasakan dirinya sudah tidak mampu untuk membela Sara dan anak - anaknya lalu cuba untuk membunuh Sara dan anak - anaknya namun tidak berjaya. Ketika anak Sara iaitu Marie dan Michael sudah remaja, Sara bertindak untuk menceritakan hal sebenarnya mengenai Don. Don adalah datuk dan juga bapa pada Marie dan Michael, Don juga adalah ayah pada Sara.
Sejak dari itu anak - anak Sara mula memahami situasi ibu mereka dan cuba melindungi Sara daripada Don. Keadaan makin teruk bila anak sulung Sara iaitu Marie sakit teruk dan tidak boleh bernafas, Sara merayu pada Don agar membawa Marie ke hospital. Awalnya Don ingin membiarkan Marie mati tapi disebabkan rayuan Sara, Don mengalah dan membawa Marie dan Sara ke hospital. Apa yang berlaku seterusnya?. Ending movie Girl In The Basement ini memang happy endinglah kan, tapi kalau korang nak tahu real story mengenai kisah sebenar Girl In The Basement Elisabeth Fritzl, bolehlah klik link - link di bawah okey..
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem My Future Husband Lakonan Mira Filzah dan Sean Lee (Astro Citra)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar