Senin, 13 November 2017

Tonton Film SPM Fever Giveaway

SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang 
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari! 

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:


2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)


3. Like Facebook berikut:


4. Follow Google Plus berikut:


5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic). 

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. 

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Pengalaman Semasa SPM

Pengalaman masa SPM tak banyak yang menarik, kalau STPM banyaklah juga hehe, berbalik pada pengalaman masa SPM dulu, ikutkan aku memang tak berapa suka dengan subjek matematik, so masa tu memang aku tenang, cool dan releks je sebab dah redha awal - awal lagi hehe. Selalunya sebelum sampai masa untuk menduduki Exam SPM Matematik tu ramai pelajar akan lepak mahu pun study dalam surau terlebih dahulu. Masa ini ada kawan - kawan aku study last minit pasal matematik dan aku pun join sekali dan dengar betul - betul tentang cara membuat pengiraan dan sebagainya. Tak sangka pula apa yang kami semua bincang tu masuk pula dalam peperiksaan matematik tu hehehe. Alhamdulilah result spm matematik tu pun diluar jangkaan aku, sebab ingatkan fail tapi lulus pula. 

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar