Review Drama Korea - Woman Of Dignity
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea Woman Of Dignity pula, Drama ini release pada 16 Jun 2017 dan tamat pada 19 Ogos yang lalu serta mempunyai 20 episod. Antara Pelakon Drama Woman Of Dignity ini adalah Kim Hee Sun, Kim Sun Ah, Jung Sang Hoon, Lee Tae Im, Lee Ki Woo, Lee Chae Mi, Kim Yong Geon, Seo Jung Yeon, Oh Na Ra dan ramai lagi. Selain itu Drama Korea Woman Of Dignity ini disiarkan bagi menggantikan drama Man To Man yang telah tamat episodnya dan kemudian akan digantikan pula dengan Drama Korea Age Of Youth Season 2. Pengarah drama ini pula pernah mengarah drama - drama best seperti Madame Antoine, Que Sera Sera, My Name Is Kim Sam Soon. Manakala writer drama ini pula pernah menulis skrip drama popular seperti Strong Woman Do Bong Soon dan My Love Eun Dong. Paling best bila drama ini berjaya menggabungkan 2 pelakon wanita yang jelita serta berpengalaman seperti Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah. Ini bermakna drama Woman Of Dignity ini memfokuskan tentang dua watak lakonan mereka iaitu watak Woo Ah Jin dan Park Bok Ja. Lagi pun bukan senang nak tengok 2 pelakon hebat ini bergabung dalam satu drama kan.
Aku suka dengan jalan cerita ini yang ala - ala misteri gitu, apabila penonton akan tertanya - tanya siapa pembunuh sebenar Park Bok Ja itu, kerana ada ramai suspek yang ingin membunuh Park Bok Ja itu. Selain itu aku juga yakin ramai penonton akan benci gila - gila pada watak Ahn Jae Suk yang merupakan suami pada Woo Ah Jin yang curang itu. Woo Ah Jin tu dah laa lawa habis, bijak, pandai mengurus keluarga tapi stil Ahn Jae Suk itu boleh curang dan ada skandal dengan guru lukisan anak dia sendiri. Watak kedua yang paling dibenci dalam drama ini mestilah watak Yoon Sung Hee yang ada affair dengan suami Woo Ah Jin tu. Dia ini memang jenis tak kenang budi, Woo Ah Jin tu dah bantu dia dari segi kariernya sebagai pelukis tapi boleh pula dia rampas suami W.A.Jin itu, paling tak leh blah bila dia turut nak rampas rumah yang Woo Ah Jin susah payah beli tu. Nak tak nak, terpaksalah Woo Ah Jin berebut rumah tersebut dengan Yoon Sung Hee itu, siap tinggal serumah lagi hahaha. 2 watak tersebut memang conform korang akan benci habis..hehehe. Selain cerita Woo Ah Jin, drama ini turut menceritakan tentang kehidupan isteri - isteri orang kaya yang semuanya merupakan kawan Woo Ah Jin. Kehidupan isteri - isteri orang kaya dalam drama ini memang nampak mewah, elegan tapi kebanyakan dari mereka tidak bahagia.
Masing - masing hanya berpura - pura bahagia, ada yang dapat suami panas baran dan kaki pukul tapi terpaksa bersabar dan redha saja kerana tak mahu bercerai dan akhirnya jadi miskin. Selain itu drama ini juga turut menunjukkan perjalanan hidup Woo Ah Jin yang sukar semasa berdepan dengan sisu kecurangan suaminya namun selepas bercerai, dia bangkit kembali dan lebih bahagia selepas itu. Watak Park Bok Ja dalam drama ini juga unik apabila dia mempunyai agendanya yang tersendiri, bermula menjadi penjaga kepada ayah mertua Woo Ah Jin yang sakit dan akhirnya menjadi ibu mertua pula pada Woo Ah Jin itu. Memang di permulaan cerita, niat Park Bok Ja tidak begitu baik, tapi bila dia ingin berubah menjadi baik dan ikhlas, dia pula dibunuh. Scene yang paling aku suka sekali adalah ketika Park Bok Ja, bagi pihak Woo Ah Jin, mengerjakan dan memukul Yoon Sung Hee cukup - cukup sebagai balasan kepada merampas suami Woo Ah Jin itu. Part dia kena belasah tu memang best hahaha. Hubungan Woo Ah Jin dan Park Bok Ja ini agak unik sebenarnya sebab diorang bukan kawan pun tapi Park Bok Ja ini sangat mengagumi Woo Ah Jin yang mempunyai personaliti yang baik walaupun kaya raya. Pendek katanya Park Bok Ja menjadikan Woo Ah Jin ini sebagai idolanya dan impiannya adalah ingin menjadi seperti Woo Ah Jin yang elegan, cantik, bijak dan baik hati.
Apa pun memang best layan drama ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 bintang untuk Drama Woman Of Dignity ini. Kalau korang nak baca Sinopsis Lengkap Drama Korea ini, bolehlah klik link dibawah ini ye. Selamat Membaca.
Baca ini juga ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Woman Of Dignity
Tidak ada komentar:
Posting Komentar