Age Of Youth 2 - Korean Drama Review
Hari ini tibalah giliran Drama Korea Age Of Youth 2 untuk direviewkan, sebelum ini aku dah pernah buat Review Age Of Youth Season 1, sekarang ini review untuk season 2 pula. Drama ini mempunyai 14 episod untuk musim kedua ini berbanding hanya 12 episod untuk musim pertama. Pelakon - Pelakon K Drama Age Of Youth 2 ini terdiri daripada Han Ye Ri, Han Seung Yeon, Park Eun Bin, Ji Woo, Choi A Ra, Kim Min Suk, Lee You Jin, An Woo Yeon, Song Seung Won, Shin Hyun Soo, Shin Se Hwi, Choi Yu Hwa dan ramai lagi. Pelakon Ryu Hwa Young yang memegang watak sebagai Kang Yi Na dan Yoon Park yang memegang watak Park Jae Wan yang merupakan antara pelakon utama pada musim pertama Age Of Youth itu hanya menjadi cameo saja untuk musim kedua drama ini. Tak puas hati juga kenapa watak Kang Yi Na lakonan Ryu Hwa Young tidak dikembangkan lagi untuk musim ini, adakah disebabkan kontroversi yang melanda Ryu Hwa Young itu, maka wataknya juga dipendekkan atau mungkin juga sebab dia busy kan?. Kalau watak Kang Yi Na dikekalkan, mesti lagi best drama ini, tapi nak buat macam mana kan, Selain itu watak Yoo Eun Jae yang asalnya dilakonkan oleh Park Hae Soo kini dilakonkan oleh Ji Woo. Pelik juga bila diorang tiba - tiba tukar pelakon lain, tapi rasanya diorang terpaksa buat macam itu sebab Park Hae Soo tidak dapat berlakon dalam drama ini.
Paling best bila suara Ji Woo ini hampir sama dengan suara Park Hae Soo, cuma muka saja lain hehehe. Selain itu drama ini diserikan lagi dengan beberapa watak baru untuk memantapkan jalan cerita. Bagi aku jalan cerita Drama Age Of Youth 2 ini lebih serius sedikit berbanding di musim pertama yang lebih santai tapi masih mengekalkan elemen - elemen misteri dan juga kelakar. Jalan cerita Age Of Youth 2 ini bersambung dari musim pertama dan ada beberapa persoalan yang tak terjawab di musim pertama kini terjawab di musim kedua, antaranya adalah yang berkaitan dengan perangai Song Ji Won (lakonan Park Eun Bin) yang suka menipu itu. Bila korang tengok drama ini, korang akan faham sebab dan punca yang menyebabkan Song Ji Won jadi begitu. Rasanya watak Song Ji Won untuk musim ini lebih serius dan lebih emosi gitu, sayangnya kisah cintanya dengan kawan baiknya Im Sung Min juga tidak begitu dikembangkan dalam drama ini, sedangkan ramai yang suka tengok diorang berdua ini. Aku tak pasti pula, sama ada akan ada sambungannya lagi iaitu Age Of Youth 3 pula nanti, rasa macam tak ada je sebab pihak produksi pun tak announce apa - apa pun lepas drama ini tamat disiarkan. Namun para pelakon drama ini berharap ianya akan ada musim ketiga pula nanti.
Korean Drama Age Of Youth ini release pada 25 Ogos 2017 dan tamat disiarkan pada 7 Oktober yang lalu. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Woman Of Dignity dan kemudian akan digantikan pula dengan Drama The Package. Episod Pertama Drama Age Of Youth ini dah lawak dan watak Kang Yi Na lakonan Ryu Hwa Young juga turut ada dalam seluruh episod pertama itu. Part paling best bila Kang Yi Na bawa kereta tu, habis semua yang lain rasa takut tengok Kang Yi Na memandu dengan ikut suka hatinya saja hahaha. Berbeza pula dengan cara watak Ryu Hwa Young memandu dalam Drama Mad Dog yang penuh dengan skil dan professional hahaha. Scene ketika diorang bermalam di sebuah homestay itu juga kelakar bila seorang pembunuh bersiri berpura - pura menjadi owner homestay tersebut dan banyak benda lawak yang terjadi bila semua plan pembunuh itu tak menjadi disebabkan perangai diorang yang sukar dijangka. Dalam drama ini aku agak annoying betul dengan sikap dan perangai Yoo Eun Jae (lakonan Ji Woo) yang sentiasa bad mood dan cepat emosi sebab baru putus cinta dengan boyfriendnya itu. Kemudian lepas putus cinta itu, Eun Jae pula yang terhegeh - hegeh nak berbaik semula dengan ex - boyfriendnya itu. Sedangkan bekas kekasih Eun Jae itu dah move on dan tak pedulikan Eun Jae lagi.
Scene yang paling sedih dan buat aku rasa kesian dengan Eun Jae itu adalah ketika dia menangis dan merayu - rayu pada Ex - Boyfriendnya itu supaya jangan tinggalkan dia tu. Aku tak sangka pula, Ex - boyfriend Eun Jae itu jahat juga, sebab dia nampak baik je masa musim pertama dulu. Selain itu, kisah Yoon Jin Myung ( lakonan Han Ye Ri ) yang baru mula bekerja di syarikat pengurusan artis Kpop itu juga menarik, terutamanya tentang kisah persahabatannya dengan salah seorang artis di syarikat tersebut yang struggle untuk popular yang bernama Heimdal. Kesian pula dengan Heimdal dalam drama ini, sebab dia berusaha keras untuk berjaya, tapi nasib tak memihak padanya dan akhirnya dia terpaksa melupakan impiannya itu. Tapi aku suka tengok hubungan Heimdal dengan Yoon Jin Myung ini, nampak macam sepadan saja, tapi Yoon Jin Myung ini masih setia dengan Boyfriendnya itu dan mungkin dia menganggap Heimdal ini seperti adiknya saja. Tapi aku suka part Yoon Jin Myung sentiasa stress sebab tak sampai hati nak beritahu hal sebenar pada Heimdal itu. Manakala kisah Jung Ye Eun (lakonan Han Seung Yeon) biasa - biasa saja bagi aku, sebab dia masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpanya di musim pertama dulu akibat diculik dan di pukul oleh bekas teman lelakinya itu. Walaubagaimanapun dia dah ada kekasih baru yang lebih baik, nerd dan innocent gitu.
Antara watak baru dalam drama ini adalah Jo Eun yang dilakonkan oleh Choi A Ra yang merupakan housemate baru diorang menggantikan Kang Yi Na itu. Watak Jo Eun ini juga unik sebab penampilannya seperti lelaki, tomboy gitu tapi hati lembut dan baik hahaha. Tapi Jo Eun ini menjadi housemate baru diorang ini sebab ingin menyiasat tentang surat misteri yang dijumpainya di dalam buku yang merupakan surat Moon Hyo Jin pada salah seorang yang tinggal di rumah berkenaan. Surat tersebut antara fokus utama jalan cerita untuk musim ini sebab surat tersebut agak misteri gitu, kalau korang nak tahu surat tersebut untuk siapa dan apa kaitannya, korang kenalah tengok drama ini nanti. Antara scene yang paling aku suka dalam drama ini adalah ketika diorang beramai - ramai pergi bercuti sekejap di rumah Eun Jae serta beramai - ramai pergi bekerja di ladang Apple milik keluarga Eun Jae itu, sambil melepaskan tekanan yang dialami. Scene paling suspen adalah ketika kawan lelaki Moon Hyo Jin datang menyerang mereka semua di rumah serta mengugut untuk membunuh mereka, habis semua kena pukul, scene ini memang paling suspen sekalilah. Ending Drama Age Of Youth 2 ini mestilah happy ending kan dan secara keseluruhannya memang enjoy menonton Age Of Youth 2 ini, apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar