Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka (2017)
Filem Lebuhraya Ke Neraka ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 4 Mei 2017 yang lalu. Antara Pelakon Filem Lebuhraya Ke Neraka ini adalah Awie, Khir Rahman, Shahrizal Jaszle Miera Leyana, Dazrin Kamarudin, Fatin Syahirah, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Filem Lebuhraya Ke Neraka ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan ianya bergenre Kerohnian dan juga seram. Selain itu filem ini diterbitkan oleh Grand Briliance dan Primeworks Studios. Tak silap aku filem ini dah dihasilkan pada 6 tahun lalu cuma tahun 2017 baru filem ini ditayangkan di pawagam, malah ketika shooting filem ini Miera Leyana, dan lain - lain pelakon masih bergelar pelakon baru lagi, kecuali Awie dan Khir Rahman lah kan sebab mereka pelakon yang berpengalaman. Apa pun memang tak dapat dinafikan yang filem ini penuh dengan pengajaran dan akan buat kita berfikir sejenak selepas menonton filem ini. Latar tempat filem ini memang banyak kat lebuhrayalah kan dan banyak scene - scene di waktu malam berbanding waktu pagi. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye.
Sinopsis Filem Lebuhraya Ke Neraka
"Lebuhraya ke Neraka memaparkan kisah sekumpulan geng motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka semua diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berhenti di suatu kawasan untuk berehat. Bob (Awie) yang mengetuai konvoi itu tidak mengalami sebarang penyakit misteri seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika Bob sedang mencari bantuan, dia telah terserempak dengan seorang lelaki misteri bernama Tyson (Khir Rahman) yang bersetuju untuk menolongnya. Akan tetapi Bob harus membuat keputusan sama ada dia mahu menyelamatkan rakan-rakannya atau mempertaruhkan nyawa mereka sebagai balasan di atas pertolongan Tyson. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Mampukah Bob menyelamatkan nyawa rakan-rakannya yang diancam Tyson?".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar