Lawless Lawyer - Korean Drama Review
Okey hari ini aku nak buat review drama Korea Lawless Lawyer pula, drama 16 episod ini release pada 12 Mei 2018 dan tamat episodnya pada 1 Julai yang lalu. Korean Drama Lawless Lawyer ini disiarkan di channel TVN dan disiarkan bagi menggantikan drama Live dan kemudian akan digantikan dengan drama popular Mr. Sunshine. Antara pelakon drama Korea Lawless Lawyer ini adalah Lee Joon Gi, Seo Ye Ji, Lee Hye Young, Choi Min Soo, Yum Hye Ran, Cha Jung Won, Ahn Nae Sang, Park Ho San dan ramai lagi. Gandingan Lee Joon Gi dan Seo Ye Ji sebagai hero dan heroin drama ini nampak serasi dan sepadan gitu. Aku tertarik nak tengok drama ini sebab ada Lee Joon Gi gitu, drama ini best juga berbanding drama sebelum ini iaitu Criminal Minds yang turut dilakonkan oleh Lee Joon Gi. Manakala Seo Ye Ji pula cemerlang dengan drama Save Me yang memang popular dan mendapat perhatian penonton.
Selain Lee Joon Gi dan Seo Ye Ji, drama Lawless Lawyer ini turut dibintangi oleh pelakon yang berpengalaman dan berbakat besar seperti Choi Min Soo, Lee Hye Young, Yum Hye Ran. Diorang semua ini melakonkan watak jahat dalam drama ini, memang terbaik lakonan diorang, watak jahat diorang tu memang buat penonton rasa geram betul dengan diorang semua. Drama Korea Lawless Lawyer mengisahkan Bong Sang Pil (lakonan Lee Joon Gi) yang bekerja sebagai peguambela dan ingin membalas dendam pada semua yang terlibat dalam pembunuhan ibunya. Bong Sang Pil ingin menggunakan cara yang betul untuk membalas dendamnya itu iaitu melalui undang - undang walaupun sebenarnya Bong Sang Pil sendiri tak suka dengan undang - undang yang ada. Tambahan lagi musuh utamanya juga adalah seorang hakim yang berpengaruh dan dihormati ramai dan sering memanipulasikan undang - undang untuk kepentingannya.
Agak unik juga drama ini sebab diorang dah reveal dari awal - awal episod tentang siapa yang jahat. So selepas itu penonton akan dibawa melihat perjalanan Bong Sang Pil menuntut keadilan mengikut caranya yang licik untuk menangkap semua yang terlibat dalam pembunuhan ibunya itu. Aku suka dengan keberanian watak Bong Sang Pil dan juga Ha Jae Yi (lakonan Seo Ye Ji) yang berani berdepan dengan musuh mereka face to face dan fight di mahkamah. Namun ianya tak mudah kerana banyak halangan yang perlu dilalui oleh mereka. Tapi memang suspenlah semua kes - kes yang dibicarakan di mahkamah itu. Serta bagaimana Bong Sang Pil mencari idea yang bernas dan segala bukti - bukti yang boleh membuatkan hakim tersebut serta segala orang suruhannya ditangkap.
Aku paling suka part Bong Sang Pil sengaja mewujudkan masalah dalam kumpulan orang jahat tu dan membuatkan mereka bergaduh sesama sendiri dan Bong Sang Pil cuba membuatkan diorang mengkhianati antara satu sama lain. Walaubagaimanapun biasalah drama ini pastinya tak dapat lari dari kisah cinta antara hero dan heroinya kan. Satu lagi aku paling annoying dengan mak Ha Jae Yi yang ingin membalas dendam pada hakim tersebut tapi tak berfikir panjang lalu mendatangkan masalah pada Bong Sang Pil. Ending drama Korea Lawless Lawyer ini memang happy ending gitu. Apa pun memang tak rugi layan drama ini sebab penuh suspen ada plot twist lagi, kalau korang nak baca sinopsis penuh Korean Drama Lawless Lawyer ini, korang boleh klik link di bawah sekali tu ye. Apa pun aku bagi 8.4/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga ➔ Sinopsis Penuh Drama Korea Lawless Lawyer
Tidak ada komentar:
Posting Komentar