Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Slot Samarinda TV3
Drama Jika Masih Ada Rindu sudah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 19 Disember yang lalu, bagi menggantikan drama Terbaik Dariku yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jika Masih Ada Rindu ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff, Numan Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Rasanya ini kali kedua aku melihat Kamal Adli dan Siti Saleha berlakon sekali. Sebelum ini diorang dah pernah bergandingan dalam telemovie I Heart You Cik Yah. Menarik juga jalan cerita drama ini dan buatkan aku nak tahu sebab dan kenapa Wahida boleh bersikap dingin sedemikian rupa pada Hisham. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha
Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Talak dilafazkan Hisham terhadap isterinya, Wahida sekali gus memadamkan segala memori indah dalam diri Wahida. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan.
Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?
Lagu Tema / OST Jika Masih Ada Rindu
➔ Nadi nyanyian Afif Tirmizie
Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Terbaik Dariku
Jom Baca ini juga ➔ Episod Akhir Drama Terbaik Dariku
Tidak ada komentar:
Posting Komentar