Hari ini aku buat review Korean Drama Angel’s Last Mission : Love yang disiarkan di channel KBS bermula 22 Mei 2019 dan tamat episodnya pada 11 Julai 2019. Selain itu drama Korea 32 episod ini disiarkan bagi menggantikan drama Doctor Prisoner dan kemudian akan digantikan dengan drama Justice. Antara pelakon drama Korea Angel’s Last Mission : Love ini adalah Shin Hye Sun, Kim Myung Soo ( L), Lee Dong Gun, Kim Bo Mi, Do Ji Won, Kim In Kwon, Gil Eun Hye, Woo Hee Jin dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama – drama best seperti Queen For Seven Days, Healer, King Of Baking Kim Tak Goo dan banyak lagi. Manakala screenwriter drama ini pula pernah menghasilkan skrip drama Lucky Romance. Drama Korea Angel’s Last Mission : Love ini mengisahkan tentang Kim Dan yang merupakan seorang Angel yang perlu menyelesaikan tugasan terakhirnya sebelum dapat pulang ke syurga.
Tugasan terakhirnya dia perlu mencari cinta sejati buat seorang wanita bernama Lee Yeon Seo yang merupakan seorang ballerina yang tidak mempercayai akan cinta sejati. Namun lain jadinya bila Kim Dan dan Lee Yeon Seo saling jatuh cinta antara satu sama lain. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan harta dan kuasa untuk merebut Fantasia Ballet yang diasaskan oleh ibu bapa Lee Yeon Seo. Sejujurnya aku suka dengan barisan pelakon drama ini terutama hero dan heroinnya iaitu Shin Hye Sun dan L (Infinite). Diorang berdua serasi dan sweet together, namun aku agak struggle untuk menghabiskan menonton drama ini sebab jalan ceritanya agak draggy, bosan, tak suspen sebab penonton boleh jangka apa yang akan berlaku seterusnya. Orang jahat dalam drama ni pun datang dari keluarga Oh Yeon Seo sendiri juga, jadi memang ceritanya biasa – biasa saja. Walaubagaimanapun dari komen – komen yang aku baca ramai gila yang suka dengan drama ini.
Berbeza dengan aku yang tak berapa suka dengan drama ini walaupun aku minat dengan para pelakonnya, cita rasa setiap orang berbeza – beza kan. Awalnya aku nak drop drama ini lepas episode 11 kot, tapi bila drama ini popular dan ramai yang suka, aku sambung balik menonton episod seterusnya sebab aku teringin nak tahu apa yang best sangat dengan drama ni. Episod akhir drama Korea Angel’s Last Mission : Love ini juga agak kucar – kacir dan huru – hara bila terlampau banyak benda yang terjadi dalam episod akhir drama ini. Selain itu aku juga tak berapa suka dengan watak Ji Kang Woo lakonan Lee Dong Gun tu, rasanya aku lagi suka tengok lakonan Lee Dong Gun dalam drama Korea Sketch dan drama Where Stars Land tu sebab lebih menarik dan ada sedikit plot twist gitu. Apa pun aku bagi 5.8/10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Sketch
Tidak ada komentar:
Posting Komentar