Korean Drama Review - Kingdom
Jalan cerita drama Korea Kingdom ini bermula apabila raja jatuh sakit, manakala permaisuri dan ayahnya iaitu Jo Hak Joo (lakonan Ryoo Seung Ryong) yang juga merupakan Chief State Councilor menghalang semua orang dari berjumpa dengan raja, termasuklah anaknya sendiri iaitu putera mahkota Lee Chang / Yi Chang (lakonan Ju Ji Hoon). Lee Chang berasa ada sesuatu yang tidak kena dan pergi ke istana secara senyap - senyap. Dia kemudian ternampak satu lembaga / raksasa yang menakutkan serta berbau busuk. Namun Lee Chang hanya dapat melihat sekilas pandang dan kemudian bersembunyi. Tak lama kemudian Lee Chang dijumpai oleh pengawal dan diarahkan untuk dibawa keluar dari istana. Pengawal peribadi crown prince Lee Chang kemudiannya pergi mencuri jurnal perubatan raja dan mendapati ada nama doktor yang merawat raja tertulis disitu iaitu Lee Seung Hui. Akhirnya Lee Chang dan pengawal peribadinya pergi ke Jiyulheon clinic di Dongnae untuk berjumpa dengan doktor tersebut bagi mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dengan raja. Namun bila mereka sampai ke situ, klinik tersebut sudah musnah dan mayat bergelimpangan di sana - sini. Mereka kemudiannya pergi berjumpa dengan Seo Bi (lakonan Bae Doo Na) yang merupakan pembantu doktor disitu dan juga satu - satunya mangsa yang masih hidup.
Seo Bi kemudian mendedahkan yang mayat - mayat tersebut tidak mati dan akan bangun bila malam menjelma untuk membunuh sesiapa saja. Apa yang berlaku seterusnya? Okey itu adalah serba sedikit sinopsis drama Korea Kingdom ini. Ada banyak scene - scene suspen dalam drama ini, contohnya seperti scene diorang kena kejar dengan zombi dan sebagainya. Zombi dalam drama Kingdom ini lari laju juga, muka zombi tu pun boleh tahan scary juga. Walaubagaimanapun masih terselit juga scene - scene lawak dalam drama ini, tapi tak banyaklah, sikit je. Scene - scene kelakar banyak datang dari watak Jo Beom Pal (lakonan Jun Suk Ho) yang merupakan seorang magistrate yang penakut tapi boleh jatuh cinta pada Seo Bi yang telah menyelamatkannya daripada zombi. Sejak tu Jo Beom Pal selalu ikut Seo Bi pergi mana - mana pun. Manakala Seo Bi pula maybe buat - buat tak faham or dia memang tak terfikirkan langsung pasal cinta ni semua. Ending drama Korea Kingdom ini memang tergantung dan bikin suspen sebab penonton tak tahu apa yang akan terjadi sebab jalan cerita Kingdom season 1 tamat masa penonton tengah suspen dan curious nak tahu apa akan jadi, tapi bersambung pula di season 2. Apa pun aku enjoy menonton Korean Drama Kingdom Season 1 ni dan aku bagi 8.5 / 10 bintang untuk drama ini.
Jom Baca Ini Juga ➔ Review Drama Korea The Light In Your Eyes
(Blog Miss Banu Story)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar