Hotel Del Luna - Korean Drama Review
Di awal - awal episod drama ini, memang ada banyak scene - scene yang lawak gitu. Paling best masa scene Ku Chan Sung lakonan Yeo Jin Goo mula nampak hantu tu. Reaksi Ku Chan Sung masa nampak hantu tu lawak gila dan cute sangat hehe. Tapi bila masuk hujung - hujung cerita, drama Hotel Del Luna ni dah jadi sangat sedih sampai ke endingnya huhuhu. Gandingan IU dengan Yeo Jin Goo juga sangat serasi dan sepadan, malah lagu tema / OST Hotel Del Luna ini juga sangat best dan sedap di dengar. Antara lagu yang aku suka dalam drama ini adalah seperti lagu Another Day nyanyian MondayKiz & Punch, Lean On Me nyanyian 10cm, All About You nyanyian Taeyeon, Only You nyanyian Yang Da Il, Remember Me nyanyian Gummy dan lagu Done For Me nyanyian Punch serta ada beberapa lagu lain yang aku tak ingat tajuknya hehe. Aku suka dengan karakter dan personaliti watak Jang Man Wol lakonan IU tu sebab dia tegas, gila - gila dan juga ganas hehe. Scene flashback masa Jang Man Wol and the geng di zaman Goryeo tu pun best. Lee Do Hyun yang melakonkan watak Goo Chung Myung di zaman Goryeo tu turut mencuri tumpuan para peminat drama ini yang kesiankan wataknya kerana menjadi mangsa keadaan dan Jang Man Wol pula salah faham akan dirinya.
Watak Mago lakonan Seo Yi Sook tu juga best sebab wataknya ada 12 adik - beradik kembar yang pelbagai ragam. Ada yang tegas dan garang, ada gak yang serius dan ada gak yang happy go lucky. Watak Sanchez tu pun menarik gak, paling sedih masa Girlfriend dia mati tu. Selain itu ini adalah kali pertama aku melihat Lee David melakonkan watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Seol Ji Won. Aku dah biasa melihat Lee David ni melakonkan watak komedi gitu. Agak tak puas bila tak ada scene yang melibatkan watak Jang Man Wol dengan Yeon Woo lakonan Lee Tae Sun di zaman moden ni. Diorang berdua tak pernah bercakap direct face to face, setakat pandang - memandang je. Kalau boleh aku nak Yeon Woo tu ingat balik hubungannya dengan Man Wol di zaman Goryeo tu. Hotel Del Luna ini adalah hotel yang khas untuk hantu - hantu dan roh berehat sementara waktu sebelum pulang selamanya. Hotel ini diuruskan oleh Jang Man Wol yang sudah hidup selama 200 tahun. Disebabkan satu perjanjian yang dibuat oleh bapa Ku Chan Sung dengan Jang Man Wol telah memaksa Ku Chan Sung yang merupakan seorang manusia untuk bekerja di Hotel Del Luna sebagai General Manager. Di awalnya Ku Chan Sung tidak mahu bekerja disitu, namun selepas beberapa kejadian, dia mula rasa selesa bekerja di situ. Malah dia dan Jang Man Wol juga mula jatuh cinta antara satu sama lain.
Namun begitu, semakin kuat cinta mereka, semakin pendeklah masa yang ada kerana Jang Man Wol perlu move on dan pergi selamanya. Jadi memang agak sedihlah masa ni sebab Jang Man Wol sukar nak meninggalkan Ku Chan Sung sendirian manakala Ku Chan Sung pula sukar nak melepaskan Man Wol pergi dari hidupnya. Selain itu setiap pekerja di Hotel Del Luna itu ada kisah mereka yang tersendiri. Ada banyak scene yang melibatkan watak - watak utama drama ini merenung dan melihat pokok besar di dalam hotel itu yang merupakan simbolik pada diri Jang Man Wol. Scene daun - daun dan bunga mula berguguran dari pokok tu memang agak touching sikit sebab tu melambangkan masa Jang Man Wol di dunia ini sudah tak lama lagi. Manakala ending drama Korea Hotel Del Luna ini memang sad ending bagi aku. Kesian pada Ku Chan Sung yang membuat pilihan yang tidak dijangka. Dia boleh saja move on dan hidup normal tapi dia memilih jalan sukar gitu. Antara scene yang suspen bila Jang Man Wol mula curiga dengan Ku Chan Sung, bila dia mula yakin yang Ku Chan Sung adalah jelmaan orang yang paling dibencinya iaitu Goo Chung Myung. Awalnya aku memang curius pasal Ku Chan Sung ni, kenapa dia jadi manusia terpilih untuk bersama dengan Jang Man Wol tu. Apa keistimewaan Ku Chan Sung tu? serta siapa sebenarnya Ku Chan Sung ini.
Semua persoalan di atas itu akan terjawab dalam tiga episod terakhir drama ini. Ramai yang mengharapkan drama ini akan disambung ke musim kedua sebab di penghujung episod muncul owner baru iaitu Kim Soo Hyun dengan hotel Blue Moonnya tu. Tapi pihak produksi dan screenwriter drama ini dah buat statement pun yang tak ada musim kedua. Apa pun excited sekejap tengok Kim So Hyun jadi owner hotel tu, penuh bergaya uollss hehe. Kesimpulannya drama Korea Hotel Del Luna ini memang best okey, aku bagi 10/10 bintang untuk drama ini.
Hotel Del Luna Quotes
"Whatever it is you're going to do, just don't forget this. I don’t care if this place is a prison or a fence to you, I will be here with you." - Ku Chan Sung
"Even if I go berserk, do crazy things and vanish one day... please stay by my side." - Jang Man Wol
It needs more courage to let go than to hold on - MagoI will be your last 99th manager, I won’t let you spend meaningless time with the 100th one” - Ku Chan Sung“I'll be your last costumer because i like you. Ku Chan Sung, when you see me off, don't feel lonely.” - Jang Man Wol-Most people easily throw away things they used to care about, they protect things they want to hide with their life. - Jang Man Wol
Jom Baca ini juga ➔Movie Review - Kalank (Bollywood Movie)
➔ Sinopsis Drama Lara Syakila (TV2)
(Blog Miss Banu Story)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar