Selasa, 10 April 2018

Tonton Film Sinopsis Filem Dukun

Dukun, Filem Dukun, Dukun : Akhirnya Kita Bertemu, 2007, 2018, Malay Movie, Filem Melayu, Sinopsis Dukun, Ending Filem Dukun, Box Office, Dukun Cast, Pelakon Filem Dukun, Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Jason Chong, Adlin Aman Ramli,
Sinopsis Filem Dukun 

Filem Dukun yang telah sekian lama dinantikan sejak tahun 2007 akhirnya ditayangkan di pawagam bermula 5 April 2018 yang lalu. Selepas 12 tahun barulah filem Dukun ditayangkan di pawagam dan sambutan penonton terhadap filem ini juga cukup baik. Filem Dukun ini telah mengutip RM6.2 juta dalam 4 hari pertama tayangan mengatasi rekod filem Abang Long Fadil 2 (2017) yang mengutip RM5 juta dalam 5 hari pertama tayangan. Walaupun filem ini sudah lama diperam dan filemnya juga dah bocor di internet, namun Jalan cerita yang mantap serta dibarisi dengan pelakon gred A membuatkan penonton teruja untuk menonton filem ini di pawagam. Disamping itu, semua penonton juga ingin tahu kesudahan / penamat cerita dan ending filem Dukun yang hanya boleh diketahui jika korang menonton di pawagam. 

Tagline filem ini pun bertukar dari Aku Takkan Mati kepada Akhirnya Kita Bertemu dan tagline baru tersebut memang sangat sesuai gitu. Antara Pelakon Filem Dukun ini adalah Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Allahyarham Ramli Hassan, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Jason Chong, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi. Filem Dukun ini juga merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Dain Said diikuti filem Bunohan dan InterchangeAku ingat lagi sekitar tahun 2007, aku dan kawan - kawan aku ada terlihat trailer filem Dukun di pawagam dan kami semua tak sabar nak menonton filem ini bila ditayangkan kelak. Namun tunggu punya tunggu filem ini tak juga keluar2, tak sangka lepas 12 tahun baru filem ni release, wah lama betul kan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye.

Sinopsis Filem Dukun

Mengisahkan tentang Karim (lakonan Faizal Hussein), seorang peguam yang sedang bergelut dengan kerjayanya akibat kemurungan dan gangguan emosi berikutan kehilangan orang yang tersayang iaitu isterinya, Sara (lakonan Avaa Vanja) dan anak perempuannya, Nadia (lakonan Elyana). Dalam masa yang sama, Karim telah ditawarkan peluang untuk menjadi peguam kepada seorang OKT (Orang Kena Tuduh) bernama Diana Dahlan (lakonan Datin Seri Umie Aida), yang berjanji akan mencari anaknya. Diana yang merupakan seorang penyanyi kelab malam, telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki terlibat dalam satu kes pembunuhan. 

Pihak polis telah terjumpa mayat di rumahnya yang disyaki dari aktiviti ilmu hitam yang diamalkan untuk kekal cantik dan berkuasa. Diana dikatakan seorang dukun yang mempunyai tongkat sakti dari suku kaum Batak. Melalui proses perbicaraan dan penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Talib (lakonan Namron); sisi ilmu hitam Diana terungkai satu demi satu. DUKUN merupakan sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan ada darah yang tumpah dalam mengejar kesemuanya.
My Signature, Miss Banu Signature, Blog Miss Banu Story, 2018, Tandatanganku, Miss Banu, Tandatangan Miss Banu, Miss_Syahbanu,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar