Okey hari ini aku nak buat review filem Berlin Syndrome yang release pada tahun 2017 yang lalu, aku sebenarnya suka tengok lakonan Teresa Palmer dalam movie seram Light Out tu, jadi aku try tengok senarai movie - movie lakonannya dan tertarik nak tengok movie Berlin Syndrome ini. Tajuk filem ini saja dah unik dan ianya adalah adaptasi daripada novel Berlin Syndrome karya Melanie Joosten. Antara pelakon filem Berlin Syndrome ini adalah Teresa Palmer, Max Riemelt, Emma Bading, Matthias Habich, Elmira Bahrami, Christoph Franken dan ramai lagi. English movie ini bergenre psychological thriller drama film dan diarahkan oleh Cate Shortland. Teresa Palmer dalam movie ni melakonkan watak sebagai Clare, aku rasa dalam movie ni dia tak makeup sangat, nampak natural beauty gitu. Jalan cerita movie Berlin Syndrome ni memang suspen dan korang akan kesian dengan nasib Clare dalam movie ni. Malah aku juga tak dapat nak bayangkan kalau berada dalam situasi Clare tu, seriau giler.
Mengisahkan Clare yang merupakan seorang Photographer yang pergi ke Jerman / Germany untuk mengambil gambar - gambar bangunan untuk urusan kerjanya. Di sana dia bertemu dengan Andi Werner seorang lelaki yang baik dan peramah serta merupakan seorang guru. Mereka kemudian mula rapat dan Clare bersetuju untuk bermalam di rumah Andi. Namun keesokannya setelah Andi pergi kerja di waktu pagi, Clare mendapati dirinya telah terkunci dalam rumah, namun Clare merasakan yang Andi mungkin tidak sengaja mengunci pintu, serta terlupa untuk meninggalkan kunci buat dirinya. Akhirnya Clare bermalam satu malam lagi di rumah Andi. Keesokannya Clare mendapati Andi masih buat perkara yang sama iaitu mengunci pintu dan mengurung dirinya dalam rumah tersebut. Clare juga mendapati passportnya, simcard handphone juga hilang dari begnya. Clare berasa tidak sedap hati dan mula mencari jalan keluar dari rumah Andi.
Dia cuba memecahkan tingkap, tapi tingkap tu berlapis dan tak dapat dipecahkan. Clare juga tidak menjumpai sebarang alatan tajam yang boleh digunakannya untuk melindungi dirinya dari Andi. Rumah Andi tu pula di kawasan terpencil, memang tak ramai yang duduk, kawasannya sunyi sepi. Nak nampak jiran pun susah sebab semua buat hal masing - masing. Setelah Andi pulang dari kerja, dia bertindak seperti tidak ada apa - apa yang berlaku, namun Clare mengamuk. Akhirnya Andi memukul Clare dan sering mengikat Clare dan membiarkan Clare terbaring di atas tilam dari dia pergi kerja sampai balik kerja. Setelah Clare merayu untuk membenarkannya dia bebas bergerak di rumah tersebut, Andi akhirnya setuju untuk tidak mengikat Clare lagi. Clare cuba pelbagai perkara untuk melepaskan dirinya, antaranya cuba mencederakan Andi dan merampas kunci rumah lalu berlari keluar dari rumah, namun Andi dapat mengejarnya. Aku rasa masa ni maybe Clare tak terpikir nak mencederakan bahagian mata or tekak andi sebaliknya hanya mencederakan tangan dia je. Patutnya masa Clare dah dapat keluar rumah tu, dia patut kurung Andi tu, sebab kunci dah ada kat tangan dia, tapi boleh pula dia terus berlari keluar, tapi Andi dapat menghalangnya dengan mematahkan jari Clare.
Memang kesian giler dengan Clare, awalnya dia memang benci sangat dengan Andi ni. Tapi lepas Andi tinggalkannya seminggu sebab bapanya mati dan menutup bekalan eletrik, membuatkan Clare risau jika Andi tidak balik terus dan mengurungnya disitu sampai bila - bila. Lepas dari tu, Clare mula berubah sikap dan melayan Andi dengan baik. Andi juga pernah membawa Clare masuk hutan dengan niat untuk membunuhnya dengan kapak tapi tak jadi sebab tiba - tiba ada kanak - kanak yang muncul di kawasan itu. Serius Andi tu memang psiko giler, dia obses dengan Clare tapi bila dah jemu dia nak bunuh pula tapi nasib tak jadi. Clare juga dapat tahu yang dirinya juga bukan mangsa pertama Andi, dah ada perempuan lain sebelumnya yang dah jadi mangsa Andi. Dekat tempat kerja Andi, Andi kelihatan normal dan okey dia pandai sembunyikan niatnya serta jenayahnya. Ada je perempuan yang sukakan Andi di tempat kerjanya tu, tapi Andi tak suka dengan perempuan tu.
Ending Movie Berlin Syndrome ni memang happy ending, tapi endingnya agak open ending juga sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi dengan Andi itu. Kiranya kena buat kesimpulan sendiri. Kalau nak tahu apa yang jadi dengan Clare nanti dan adakah dia dapat melepaskan diri dari Andi kenalah tengok movie ni hehe. Serius memang geram betul dengan Andi ni, ada juga scene - scene yang tak berapa logik di bahagian kemuncak cerita, tapi masih best untuk ditonton. Pengajaran cerita ni, berhati - hati dengan stranger tambah - tambah di tempat - tempat asing. Keseluruhannya aku suka juga dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk movie ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar