Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi Slot Samarinda TV3
Drama Setelah Cinta Itu Pergi telah pun mula bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 17 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Setelah Cinta Itu Pergi ini disiarkan bagi menggantikan drama Jika Masih Ada Rindu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini adalah Fahrin Ahmad, Nina Iskandar, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Shahz Jaszle, Raja Azmi, Julia Farhana Marin, Faezah Elai, Fizo Omar, Azrel Ismail, Nik Adam Mika, Oktovia Manrose, Syakilah Rahmad, Faye Kusairi, Asry Azizan dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Setelah Cinta Itu Pergi karya East Diani. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Picture Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama Setelah Cinta Itu Pergi di bawah ini ye.
Perkahwinan Ikram (Fahrin Ahmad) dan Marina (Nina Iskandar) bahagia disulami cinta yang sentiasa mekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat. Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan. Janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah (Julia Farhana Marin) yang merupakan adik ipar Ikram dan anak kecilnya menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina. Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan kata dustanya. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta Ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz cerai terzahir di mulut sang suami. Marina pergi membawa diri dengan seribu duka di hati. Disangka kasih itu berpanjangan, rupanya hanya satu persinggahan. Tidak ditoleh ke belakang lagi. Perjalanan harus diteruskan, demi mencari penawar duka di hati. Namun satu per satu kehilangan menghimpit diri. Rasa kehilangan orang yang disayangi, amat memeritkan jiwa Marina.
Setelah cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan Ikram terhadap Marina. Kerana tidak mahu Marina hidup dibebani kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh untuknya. Namun cinta yang bertakhta di hati memang sukar disingkir pergi. Hadirnya Adam (Azrel Ismail), cuba mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina? Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci? Perlukah dia melupakan kebahagiaan yang hadir di depan mata begitu sahaja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan Marina setelah cinta itu pergi?
Lagu Tema / OST Setelah Cinta Itu Pergi
➔ Simpan Sedikit Rindu nyanyian Joe dan Asmidar
Baca Ini juga ➔ Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu
Baca Ini juga ➔ Episod Akhir Drama Jika Masih Ada Rindu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar