Baca Online Novel One Day You'll Be Mine (Drama Adaptasi Novel)
Novel One Day You'll Be Mine karya Novelis Inawza Yusof telah pun diadaptasikan menjadi Drama Bersiri iaitu Drama Cinta Hati Batu yang disiarkan di Slot Lestary TV3, setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam. Antara Pelakon Drama Cinta Hati Batu ini terdiri daripada:-
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Ashraf Muslim sebagai Dzul EhsanFadlan Hazim sebagai Nik Afezal
Indah Emeerlda sebagai Aya
Nadzmi Adhwa sebagai Farez
Nadiyah Shahab sebagai Nahda
Farisha Irwayu sebagai Asmah
Shahriza Mahmud sebagai Rohaya
Mili Supina sebagai Zubaidah
Mustaqim Bahadon sebagai Hazmi
Ardell Aryana sebagai Elisa
Sasqia Dahuri sebagai Farisha
Fana Azizan sebagai Rini
Ain Edruce sebagai Mega Ariyana
Livonia Ricky Guing sebagai Kristine
Ikhlas Jalil sebagai Khairil
Jadi sambil - sambil menonton Drama Cinta Hati Batu ini di TV, korang juga boleh baca versi Novelnya iaitu Novel One Day You'll Be Mine secara online saja, dengan cara klik link di bawah ini ye.
Sinopsis Novel One Day You'll Be Mine
Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang diri sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak merasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna! Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia akan meneruskan kehidupan yang telah diaturkan keluarganya dan juga keluarga Dzul Ehsan.
“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu !
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku. Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih ! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.
“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar