Borg Mom - Korean Drama Review
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Borg Mom, Drama ini release pada 15 September 2017 dan tamat disiarkan pada 1 Disember yang lalu. Antara Pelakon Drama Korea Borg Mom ini adalah Yang Dong Geun, Park Han Byul, Ivy, Choi Yeo Jin, Hwang Bo Ra, Jung Yi Rang, Jo Yeon Ho, Choi Jung Won, Kwon Hyun Bin dan ramai lagi. Korean Drama Borg Mom ini bergenre Komedi dan mempunyai 24 episod, iaitu setengah jam untuk setiap episod, jadi kalau gabung semua episod, kiranya drama ini mempunyai 12 episod saja. Borg Mom ini sebenarnya adalah Cyborg atau Robot yang berbentuk manusia yang dicipta oleh seorang genius yang bernama Choi Go Bong (lakonan Yang Dong Geun). Borg Mom atau Cyborg ini sengaja dicipta oleh Choi Go Bong untuk mempunyai wajah yang seiras dengan isterinya yang telah mati ketika melahirkan anak mereka. Cyborg tersebut diberi nama sebagai Borg Mom dan mempunyai tugas untuk melakukan kerja - kerja rumah seperti memasak, mengemas, mencuci dan menguruskan segala keperluan anak lelaki Choi Go Bong yang masih kecil yang bernama Choi Yool. Lebih menarik apabila Choi Yool benar - benar menganggap Borg Mom itu adalah ibu kandungnya serta sangat menyayangi Borg Mom itu. Paling menarik bila Choi Go Bong terjatuh hati dengan robot ciptaannya sendiri disebabkan wajah robot berkenaan yang seiras dengan isterinya.
Park Han Byul yang melakonkan watak Borg Mom itu memang kelihatan sangat cantik dalam drama ini, walaupun wataknya adalah robot hehehe. Tapi memang menjadi wataknya itu, sebab personaliti Borg Mom itu memang nampak unik dan pelik sikit, maklumlah robotlah katakan. Ini juga adalah kali ketiga aku menonton drama lakonan Yang Dong Geun ini selepas drama The Three Musketeers dan Missing Nine. Walaubagaimanapun ada juga scene yang tak berapa logik pada aku bila Borg Mom yang merupakan Cyborg ini boleh pula jatuh cinta juga dengan Choi Go Bong itu hahaha, robot dan manusia saling jatuh cinta gitu. Konflik dalam drama ini bermula apabila Borg Mom ingin menghantar Choi Yool ke tadika yang berprestij dan terbaik di tempat mereka itu, namun terpaksa berdepan dan melayan kerenah 4 orang wanita kaya yang mengawal tadika tersebut. 4 wanita kaya tersebut adalah Ti Na, Soo Ji, Gwi Nam dan ketua kumpulan tersebut iaitu Do Hye. Keempat - empat wanita kaya ini turut menghantar anak mereka ke tadika berkenaan dan mereka juga mempunyai personaliti yang kurang baik sebab suka berpura - pura dan berlagak. Siapa sangka Do Do Hye mempunyai dendam lama dengan Borg Mom ini dan dia benar - benar menyangka Borg Mom ini adalah rakan sekolahnya dulu yang paling dibencinya.
Do Hye merancang pelbagai muslihat untuk melihat hidup Borg Mom ini musnah sekaligus dapat membalas dendamnya itu. Manakala Choi Go Bong pula sentiasa risau jika identiti sebenar Borg Mom diketahui oleh orang lain. Selain itu pelakon Ko So Yeon dan Song Jae Rim turut membuat kemunculan khas dalam drama ini iaitu di hujung - hujung episod drama ini. Memang banyak scene - scene lawak dalam drama ini, malah pelakon kanak - kanak dalam drama ini juga sangat pandai berlakon, berbakat besar dan semulajadi betul lakonan diorang. Gelagat diorang meniru personaliti mak masing - masing tu memang lawak, plus Choi Yool yang masih kecil tu dah jadi rebutan kanak - kanak perempuan yang lain hahaha. Ada juga scene yang diorang buat parodi drama Goblin itu. Aku juga turut suka dengan watak cikgu tadika lelaki yang bernama Kwon Hyun Bin yang turut jatuh hati pada Borg Mom itu dan dia juga adalah orang yang terawal tahu mengenai identiti Borg Mom itu. Selain scene - scene lawak, ada juga scene - scene sedih dalam drama ini, apabila pihak atasan menyuruh Choi Go Bong memusnahkan robot Borg Mom itu. Aku terfikir juga bagaimanakah penerimaan Choi Yool itu nanti bila dia mengetahui yang Borg Mom itu bukanlah ibu kandungnya tapi sebaliknya hanyalah sebuah robot yang dicipta oleh bapanya?.
Selain itu aku juga turut suka scene yang melibatkan 4 orang wanita kaya itu sebab diorang semua mempunyai perangai yang kelakar. Malah perbalahan antara Boo Ti Na dan Do Hye juga menarik untuk ditonton apabila Ti Na sanggup menjual butiknya untuk membeli maklumat berguna mengenai Do Hye untuk digunakannya bagi memalukan Do Hye itu. Walaupun pada akhirnya dirinya dah tidak sekaya dulu tapi hatinya puas kerana dapat apa yang dia nak. Ending drama Korea Borg Mom ini memang sangat memuaskan hati dan happy ending gitu. Aku pasti semua yang menonton drama ini akan sangat berpuas hati dengan ending drama ini terutamanya ending untuk watak Do Do Hye itu. Kalau korang suka layan drama - drama komedi yang santai dan simple bolehlah menonton drama ini nanti, apa pun aku bagi 6.5 Bintang dari 10 bintang untuk Korean Drama Borg Mom ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar