Review Drama Korea - Bad Thief Good Thief
Okey hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Bad Thief, Good Thief yang mula disiarkan pada 13 Mei 2017 dan tamat pada 5 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Bad Thief Good Thief ini adalah Ji Hyun Woo, Seohyun, Kim Ji Hoon, Lim Ju Eun, Ahn Kil Kang, Shin Eun Jung, Choi Jong Hwan, Choi Soo Rin, Seo Yi Sook, Han Jae Suk, Han Jung Soo, Lee Jung Eun dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Father I'll Take Care Of You dan kemudian akan digantikan dengan Drama Money Flower lakonan Jang Hyuk. Manakala penulis skrip untuk drama ini adalah orang yang sama menulis untuk drama - drama popular seperti May Queen, Golden Rainbow, Glamorous Temptation dan lain - lain lagi. Jadi disebabkan aku dah pernah menonton drama Glamorous Temptation sebelum ini, jadi aku dah dapat mengagak plot drama Bad Thief, Good Thief ini pastinya best dan complicated gitu, maklumlah drama ini mempunyai 50 episod okey hehe. Antara tarikan utama drama ini pastinya para pelakonnya kan, aku suka dengan semua barisan pelakon drama ini, malah pelakon kanak - kanak dalam drama ini juga memang terbaik lakonan diorang. Aku dengar pihak produksi drama ini terpaksa mencari pelakon kanak - kanak yang sesuai dengan watak dalam drama ini selama berbulan - bulan lamanya.
Ini disebabkan pelakon kanak - kanak memainkan peranan penting dalam drama ini sebab jalan cerita drama ini bermula ketika 4 watak utama drama ini masih kanak - kanak lagi. Aku suka dengan drama ini sebab jalan ceritanya bermula dari sejak diorang kecil hinggalah ke peringkat remaja dan akhirnya dewasa, ini membolehkan penonton dapat memahami dan mengikuti perkembangan watak dengan lebih mendalam lagi. Bila drama ini mempunyai 50 episod, jadi macam - macam perkara akan berlaku pada setiap watak, banyak plot twist gitu, penuh suspen dan berjaya buatkan penonton tertunggu - tunggu setiap episod. Tak silap aku ini kali pertama Seohyun membawakan watak utama dalam drama, walaubagaimanapun aku kadang kala agak annoying pula dengan wataknya sebagai Kang So Joo itu sebab dia ini suka bertindak terburu - buru, tegas dan garang tak bertempat. Tarikan paling utama dalam drama ini adalah bromance antara Ji Hyun Woo yang melakonkan watak sebagai Jang Dol Mok dan juga Kim Ji Hoon yang melakonkan watak sebagai Han Joon Hee / Jang Min Jae. Diorang melakonkan watak adik - beradik yang terpisah tapi bertemu semula ketika dewasa, tapi mereka bukanlah adik - beradik kandung tapi hubungan diorang sangat sweet okey. Memang terserlah kasih sayang antara adik - beradik antara mereka berdua.
Seriously bromance antara diorang memang terbaik, scene masa Jang Dol Mok dapat tahu yang orang di depan matanya selama ini adalah abang yang selama ini dia cari tu, memang touching dan sedih. Plus diorang sanggup berkorban demi melindungi antara satu sama lain tu pun sweet habis. Aku tidak begitu suka dengan kisah cinta dalam drama ini sebab aku lebih suka tengok hubungan kekeluargaan mereka saja. Pelakon Kim Ji Hoon berjaya membawakan wataknya sebagai seorang pendakwa raya yang sangat tegas, sentiasa serius dan always lonely sebab dia telah meninggalkan keluarganya ketika remaja dan decide untuk hidup sendirian dan ubah nasibnya sendiri kerana malu dengan ayahnya serta menyalahkan adiknya itu sebagai punca ibunya mati. Bila tengok watak Kim Ji Hoon yang sangat serius dalam drama ini mengingatkan aku pada personaliti Kim Ji Hoon itu sendiri yang memang betul - betul berbeza dengan wataknya dalam drama ini, sebab Kim Ji Hoon ini jenis gila - gila dan lawak sikit. Nampak handsome dan bijak gitu bila dia bawa watak tersebut, manakala Ji Hyun Woo memang tiada masalah nak membawakan watak yang happy go lucky dan bijaksana dalam drama ini. Lim Ju Eun pula membawakan watak sebagai Yoon Hwa Young yang sentiasa kelihatan sangat cantik dalam drama ini, tapi wataknya watak jahat okey, pandai menipu, pandai berlakon baik dan bijak memanipulasi keadaan dan juga orang untuk berpihak padanya.
Antara fokus utama drama ini adalah hubungan kekeluargaan dalam sebuah keluarga ini dapat dilihat dalam keluarga besar Jang Dol Mok yang sangat akrab dan rapat. Berbeza dengan hubungan kekeluargaan keluarga Yoon Hwa Young yang berpecah - belah, masing - masing mementingkan diri, berebutkan harta, saling mengkhianati dan sebagainya. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan harta antara Hong Shin He dan Hong Shin Ae sehingga sanggup melakukan apa saja, tu belum masuk lagi pergaduhan dan perebutan kuasa antara Yoon Joong Tae dan juga Hong Shin He yang merupakan ayah dan mak Yoon Hwa Young. Perebutan kuasa antara mereka membuatkan Hwa Young tersepit di tengah - tengah, patutlah Hwa Young berperangai teruk, sebab mak ayahnya pun lebih kurang sama saja perangainya. Selain itu drama ini turut memfokuskan tentang perebutan peta harta karun yang tersimpan di suatu tempat sejak zaman penjajahan Jepun lagi serta pembalasan dendam dan banyak lagi. Walaupun episod drama ini agak panjang, tapi korang gerenti tak menyesal tengok drama ini sebab ada banyak plot twist, suspen dan mendebarkan gitu. Scene - scene lawak dalam drama ini pun not bad juga yang kebanyakkannya datang dari watak Hong Shin Ae yang gila - gila itu yang dilakonkan oleh Seo Yi Sook.
Aku ingat lagi betapa geramnya aku dengan watak yang dibawa oleh Seo Yi Sook ini dalam drama Rebel : Thief Who Stole The People. Versatile sungguh lakonan dia, sekejap boleh jadi jahat dan kejam gila, sekejap lagi boleh jadi watak yang annoying tapi tetap kelakar menerusi drama ini. Watak yang paling buat aku stress adalah watak Jang Pan Soo lakonan Ahn Kil Kang. Disebabkan dia suka berahsia dan tak nak berterus - terang dari awal telah membuatkan semua jadi rumit, seterusnya menyebabkan salah faham, permusuhan dan sebagainya. Entry ini dah panjang, jadi nanti - nanti kalau aku rajin aku selitkan sekali link untuk korang baca Sinopsis Penuh Drama Korea Bad Thief, Good Thief ini okey. Lagu tema / OST drama ini juga sedap di dengar manakala Ending Drama Korea Bad Thief, Good Thief ini memang happy ending, jadi secara keseluruhannya memang enjoy dan best menonton drama yang penuh suspen ini, jadi aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang (9/10) untuk drama ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar