Review Bollywood Movie - Manjhi : The Mountain Man (2015)
Hari ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula hehehe, actually sebelum ini, aku tak pernah tahu pun pasal kewujudan filem Manjhi ini. Baru beberapa hari lepas, aku ada baca pasal kisah benar mengenai Dashrath Manjhi di Twitter dan baru aku tahu ada movie yang dibuat berdasarkan kisah hidup Dashrath Manjhi ini dengan taglines movie tersebut adalah The Man Who Broke A Mountain For Love. Jadi disebabkan aku memang suka menonton filem yang berdasarkan kisah benar, jadi mestilah aku akan tengok movie ini kan. Filem Manjhi ini diarahkan oleh Ketan Mehta serta release pada 21 Ogos 2015 dan bergenre Drama, Adventure & Biografi. Antara Pelakon Filem Manjhi : The Mountain Man ini adalah Nawazuddin Siddiqui, Radhika Apte, Tigmanshu Dhulia, Pankaj Tripathi, Gaurav Dwivedi, Ashraful Haque, Deepa Sahi dan ramai lagi. Filem ini seboleh mungkin cuba menunjukkan kisah hidup Dashrath Manjhi yang berasal dari kawasan kampung terpencil di India yang struggle untuk mencari duit dan juga makanan. Diorang memang miskin betul, plus ketua kampung pula jahat gila. Walaubagaimanapun memang sweet tengok kisah cinta D.Manjhi ini dengan isterinya Phaguniya, walaupun miskin diorang hidup bahagia.
Konflik dalam filem ini bermula selepas isterinya mati dan Dashrath Manjhi menyalahkan gunung besar yang berada di kampungnya itu menjadi penyebab kematian isterinya yang tercinta. Kampung mereka ini memang kawasan paling terpencil, tiada jalan raya, cuma ada gunung besar saja, jadi kalau nak ke bandar memang sangat susah sebab penduduk kampung perlu mendaki gunung tersebut terlebih dahulu untuk ke mana -mana. Malah kalau ada kecemasan seperti sakit dan sebagainya perlu mendaki gunung itu juga. Rata - rata penduduk kampung itu juga memang miskin gila dan kebanyakan mereka adalah hamba pada ketua kampung sebab berasal dari kasta yang paling rendah. Seluruh penduduk kampung tiada motor apatah lagi kereta, hanya ketua kampung saja yang kaya dan mempunyai kenderaan di kampung itu, tapi dia langsung tidak mempedulikan penduduk kampung yang lain, sebaliknya membiarkan saja penduduk kampung itu mati tanpa menolong mereka. Manakala menteri pun hanya akan datang ke kampung tersebut jika tiba musim pilihanraya saja. Apa pun aku suka dengan kepercayaan dan kegigihan Dashrath Manjhi yang luar biasa, dia melakukan sesuatu yang luar biasa walaupun ramai yang memperlekehkan usahanya itu dan menganggapnya sebagai orang gila dan hasil dari usahanya itu juga memang luar biasa serta memberi kebaikan dan manfaat pada orang lain.
Isterinya Phaguniya ketika mengandung anak kedua telah terjatuh dari gunung besar berkenaan, ketika mendakinya untuk membawakan makanan pada suaminya yang bekerja. Disebabkan agak lewat menghantar isterinya ke hospital kerana terpaksa mendaki gunung berkenaan terlebih dahulu, isterinya Phaguniya akhirnya mati ketika melahirkan anak perempuan mereka. Akibat marah dan kehilangan isteri tersayang, Dashrath Manjhi telah membakar gunung berkenaan dan mula menganggap gunung berkenaan adalah musuhnya. Dashrath Manjhi di bantu oleh ayahnya untuk menjaga 2 anak - anaknya itu, manakala D.Manjhi akan fokus untuk mengukir dan membuat jalan melalui gunung tersebut seorang diri dengan hanya menggunakan tukul dan pahat saja. Dia tidak mahu orang lain menerima nasib yang sama dengannya sebab itu dia tekun membuat jalan, memecahkan segala batu - batu untuk membuat jalan seorang diri selama 22 tahun, tanpa mengenal erti penat, lelah dan tidak mudah putus asa, selain bekerja keras siang dan malam. Wow 22 tahun tu, bukan satu jangka masa yang singkat kan, tapi Dashrath Manjhi tetap tekun dan percaya dengan apa yang dilakukannya. Paling sedih ada juga yang nak mengambil kesempatan atas usaha ikhlas yang dilakukannya itu.
Ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menipu Dashrath Manjhi mengenai bantuan kerajaan yang dia dapat untuk membuat jalan berkenaan. Duit tersebut disonglap disebabkan sikap Dashrant yang mudah percaya orang lain kerana dia tidak berpelajaran serta buta huruf. Kemudian bermula pula cabaran baru pada dirinya dan pelbagai halangan lain yang terpaksa ditempuhinya sampai ada ketikanya dia mula putus asa tapi cuba mengumpul semangatnya semula untuk terus berjuang dan tanpa menyangka ada kejutan yang dia terima di penghujung cerita. Aku tak naklah bagi spoiler kan, kalau nak tahu apa cabaran dan kejutan tersebut kenalah tengok filem ini nanti kan. Malah Rating IMDb untuk filem ini juga agak tinggi iaitu 8.1/10 gitu. Secara keseluruhannya bagi yang suka menonton filem biografi dan juga berdasarkan kisah benar haruslah layan movie ini nanti dan aku bagi 7.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar