Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3
Drama Melankolia sudah mula disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 13 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Antara Pelakon Drama Melankolia ini adalah Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Dato Seri Eizlan Yusof, Amir Nafis, Neera Azizi, Liza Abdullah, Datin Fadilah Mansor, Zaibo, Hefny Sahad, Shasha Raman, Fazlina Haji Ahmad Daud, Doria Rachel, Shahz Jaszle, Daaim Jailani dan ramai lagi. Selain itu Drama Melankolia ini mempunyai 19 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Apa pun memang nampak menarik juga jala cerita drama ini. Jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca okey..
Sinopsis Drama Melankolia Slot Samarinda TV3
Mengisahkan Suhana (lakonan Nonny Nadirah), seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Tuan Hamid (lakonan Dato Eizlan Yusof) pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama Zain (lakonan Aliff Aziz). Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?
Lagu Tema / OST Melankolia
➔ Amarah Cinta nyanyian Aliff Aziz
Jom Baca ini juga ➔ Ketahui Kos Rawatan Hospital Mana Yang Paling Mahal Di Malaysia!?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar