The Package - Korean Drama Review
Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk The Package yang release pada 13 Oktober 2017 dan tamat episodnya pada 18 November 2017 yang lalu. Selain itu Korean Drama The Package ini disiarkan di JTBC dan mempunyai 12 episod saja serta mempunyai 2 pengarah. Antara Pelakon Drama Korea The Package ini adalah Lee Yeon Hee, Jung Yong Hwa, Choi Woo Sik, Ha Shi Eun, Ryu Seung Soo, Park Yoo Na, Jeong Gyu Su, Lee Ji Hyun, Yoon Park, Chae So Young dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Korea Age Of Youth 2 dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Untouchable. Penulis skrip drama ini pernah menulis skrip untuk drama - drama yang best seperti The Slave Hunters, 7th Grade Civil Servant dan lain - lain lagi. Antara keunikkan drama ini bila lokasi shooting drama ini kebanyakkannya di buat di France / Perancis. Jadi sinematografi drama ini memang cantik betul, plus kita sebagai penonton juga dapat melihat banyak tempat - tempat menarik dan indah di Perancis itu.
Secara ringkasnya Drama The Package ini berkisarkan tentang pemandu pelancong dan juga beberapa pelancong dari Korea yang datang bercuti di France. Kesemua mereka mempunyai kisah yang tersendiri dan sebab tertentu kenapa diorang datang ke France itu. Banyak peristiwa suka dan duka yang diorang alami ketika bercuti di France itu. Awalnya masing - masing tidak rapat dan buat hal sendiri saja, tapi di akhir - akhir percutian mereka, kesemuanya mula menjadi akrab dan rapat pula. Di samping dapat melihat tempat - tempat menarik yang ada di France itu, penonton juga akan dapat menyelami setiap kisah sedih dan gembira semua watak tersebut. Tak silap aku drama ini merupakan drama kedua lakonan Lee Yeon Hee yang release pada tahun 2017 selepas drama Reunited Worlds itu. Kalau dalam Drama Reunited Worlds itu, ramai yang annoying dengan rambut Lee Yeon Hee tu, tapi dalam drama ini, rambutnya okey hahaha, plus lakonannya sebagai travel guide di France itu juga nampak meyakinkan sekali, siap berdialog dalam bahasa Perancis gitu. Selain itu dah lama tak nampak Jung Yong Hwa ni berlakon, last dramanya adalah pada tahun 2014 iaitu The Three Musketeers.
Ada banyak juga scene - scene kelakar dalam drama The Package ini terutamanya di episod - episod awal, antara scene yang paling aku ingat bila semua pelancong berlari sakan dalam bentuk slow motion gitu, tapi diorang tak tahu kenapa diorang kena berlari, semuanya sebab mengikut cakap travel guide diorang yang suruh diorang berlari, sebab nak mengelak dari seorang lelaki yang cuba nak berjumpa dengannya. Selain itu scene - scene kelakar juga banyak datang dari watak San Ma Roo lakonan Jung Yong Hwa yang sentiasa cari masalah disebabkan sifat ingin tahunya itu. San Ma Roo ini dari awal lagi, ketika baru sampai di France dah buat masalah bila pemandu pelancong dan semua pelancong lain terpaksa menunggunya berjam - jam lamanya di lapangan terbang France disebabkan dia ditahan dan disoal - siasat disebabkan barang - barang yang dibawanya itu. Selain itu scene ketika mereka melawat di suatu tempat, San Ma Roo telah mencuba memakai something yang ada di tempat tersebut lalu menimbulkan masalah pada pemandu pelancongnya iaitu Yoon So So lakonan Lee Yeon Hee sebab barang tersebut tidak dapat di tanggalkan dari pinggang San Ma Roo dan akhirnya menyusahkan semua orang hahaha. Tapi scene ini memang lawak habis hahaha.
Masa menonton drama ini, aku tertanya - tanya juga siapa lelaki misteri lakonan Yoon Park yang cuba bersungguh - sungguh untuk mencari dan mengejar Yoon So So di France itu. Awalnya aku ingatkan lelaki misteri itu adalah ex - boyfriend Yoon So So tapi rupanya bukan, semua sangkaan aku tak tepat haha, kalau korang nak tahu siapa lelaki misteri itu kenalah tengok drama ini, sebab aku tak naklah bagi spoiler bagi yang tak menonton drama ini lagi. Begitu juga dengan watak Jung Yeon Sung (lakonan Ryu Seung Soo) yang merupakan pelancong yang turut ditemani oleh seorang perempuan muda, semua orang menyangka perempuan tersebut adalah perempuan simpanannya tapi bukan juga rupanya hehehe. Selain scene - scene kelakar, banyak juga scene - scene sedih dalam drama ini, terutamanya watak Oh Gab Soo dan Han Book Ja yang merupakan pasangan suami isteri yang paling berusia dalam group pelancong tersebut. Sikap Oh Gab Soo yang sangat degil dan panas baran memang buat semua orang annoying dengannya, berbeza dengan sikap isterinya yang baik hati dan lemah - lembut itu, dia sentiasa meminta maaf bagi pihak suaminya, siapa sangka Han Book Ja ini sakit dan sentiasa berasa sedih.
Awalnya aku ingatkan Oh Gab Soo ini kejam dan tidak mempedulikan isterinya tapi aku salah, agak mengejutkan sebenarnya bila Oh Gab Soo ini sangat menyayangi isterinya tapi dia tak tahu nak tunjuk rasa sayang tu, jadi apa yang dia boleh buat adalah marah - marah. Paling best bila Oh Gab Soo tahu mengenai penderitaan yang dialami oleh isterinya itu. Memang agak touching jugalah kisah diorang ini. Selain itu terdapat juga kisah percintaan antara San Ma Roo dan travel guidenya itu iaitu Yoon So So, walaubagaimanapun aku tertanya - tanya juga bagaimana dengan kesudahan kisah percintaan diorang ini sebab macam tergantung sikit. Apa pun aku suka dengan kisah cinta diorang ini sebab nampak sweet gitu, plus diorang berdua juga nampak sepadan dan serasi. Selain itu aku juga suka dengan hubungan persahabatan yang terjalin antara semua pelancong tu walaupun diorang dah balik ke Korea. Diorang siap reunion semula kat kedai makan milik Oh Gab Soo itu, walaubagaimanapun agak kesian jugalah dengan San Ma Roo yang terpaksa menghadapi masalah besar pasal kerjanya setelah pulang semula ke Korea itu.
Ending Drama Korea The Package ini memang happy ending, tapi itulah kisah cinta antara San Ma Roo dan Yoon So So agak tergantung, so penonton yang kena buat ending sendiri mengenai kisah cinta diorang. Secara keseluruhan drama ini memang best untuk di tonton dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini.
Jom Baca ini juga ➔ Adakah Kos Bayaran Hospital Kerajaan Makin Mahal!?..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar