Review Drama Korea - Black Knight : The Man Who Guards Me
Hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Black Knight : The Man Who Guards Me yang disiarkan pada 6 Disember 2017 dan tamat pada 8 Februari 2018 yang lalu. Antara Pelakon Drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini adalah Kim Rae Won, Shin Se Kyung, Seo Ji Hye, Jang Mi Hee, Kim Hyun Joon, Kim Byung Ok, Shin So Yul, Park Sung Hoon dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Mad Dog dan kemudian akan digantikan pula dengan Drama Queen Of Mystery 2. Tarikan utama drama ini adalah elemen misteri yang terdapat dalam drama ini, dari segi pelakon pula aku bukanlah peminat Kim Rae Won mahu pun Shin Se Kyung ini tapi aku okey je dengan lakonan diorang dalam drama ini. Malah drama ini turut shooting di luar negara iaitu di Slovenia, cantik betul pemandangan dekat situ, pandai diorang pilih lokasi shooting yang cantik dan menarik. Di episod pertama drama ini penonton dah dapat melihat kesusahan dan nasib malang yang menimpa Jung Hae Ra (lakonan Shin Se Kyung) namun hidupnya mula berubah menjadi bertuah apabila dia ke butik Sharon dan mengambil bajunya yang pernah ditempah oleh ibu bapanya suatu ketika dulu. Dalam banyak - banyak watak dalam drama ini, aku paling suka dengan watak Sharon / Choi Seo Rin (lakonan Seo Ji Hye) sebab wataknya unik dan ada pelbagai karakter seperti kelakar, gila - gila, obses dan juga jahat.
Disebabkan watak Sharon inilah yang berjaya membuatkan aku menghabiskan menonton drama 20 episod ini. Ikutkan aku hampir saja nak drop drama ini, sebab ada beberapa episod yang sangat membosankan. Bermula episod kedua, drama ini dah boring bagi aku sebab jalan ceritanya agak slow namun start di pertengahan cerita, bila perkaitan antara semua watak utama ini mula di fahami penonton, jalan cerita drama ini jadi sedikit best, bila dekat - dekat nak sampai ke penghujung makin best pula drama ini, sebab jalan ceritanya mula menjadi laju dan makin suspen. Tak sangka pula ada plot twist pula di hujungnya, ini ditambah lagi ending drama ini juga sukar dijangka. Kim Rae Won berjaya membawakan watak Moon Soo Ho dengan baik sekali, malah perwatakkannya juga sangatlah gentleman, setia dan baik terutamanya ketika bersama dengan wanita yang dicintainya iaitu Jung Hae Ra. Selain itu 4 pelakon utama drama ini masing - masing perlu membawakan 2 watak, iaitu watak pada zaman dulu - dulu iaitu di zaman Joseon dan juga watak di zaman moden. Awalnya aku suka dengan karakter Sharon yang gila - gila dan cute itu, tapi bila dia dah start jadi obses dengan Moon Soo Ho, sampai sanggup lakukan apa saja untuk dapatkannya tu dah buat aku jadi menyampah pula dengan wataknya itu. Kalau Sharon tu tak obses dengan Moon Soo Ho tu, wataknya nampak okey dan nice saja, contohnya ketika di scene dia hilang ingatan sekejap tu, nampak dia baik je, tapi lepas ingatan dia pulih tu, memang dia jadi jahat betullah kan.
Sharon / Choi Seo Rin dan juga Jang Baek Hee adalah manusia yang telah melakukan kesalahan besar pada zaman dulu kala dan di hukum untuk hidup lama sehingga ke zaman moden ini, mereka turut mempunyai kuasa luar biasa dan menunggu kelahiran semula Boon yi / Jung Hae Ra dan juga Lee Myung Soo / Moon Soo Ho untuk menebus kesalahan mereka dan sekaligus dapat hidup tenang dan menjadi tua. Namun segalanya berubah bila Sharon tidak dapat melupakan Moon Soo Ho dan mula obses untuk mendapatkan Moon Soo Ho kembali. Sharon ini boleh dikatakan jenis yang tidak sedar diri juga sebab dia asyik bertanya tentang apa salahnya sampai di hukum seperti itu, sedangkan dia dah bunuh orang kot tapi masih tak sedar akan kesalahannya itu dan tetap mengulangi kesalahannya itu. Lagu Tema / OST Black Knight : The Man Who Guards Me ini memang best dan sedap di dengar, plus lagu latar drama ini juga sangat awsome terutamanya untuk scene - scene suspen mahu pun misteri. Ikutkan di episod 19, semua persoalan telah terjawab, yang jahat telah dapat balasannya dan ramai yang menjangkakan Ending Korean Drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini adalah happy ending. Penonton nak tengok Jung Hae Ra dan Moon Soo Ho akhirnya bahagia gitu, tapi siapa sangka ada plot twist pula secara tiba - tiba dan akhirnya lain yang jadi bila ending drama ini menjadi sad ending.
Episod 20 drama Black Knight : The Man Who Guards Me ini akan memfokuskan sepenuhnya tentang kehidupan Jung Hae Ra dan Moon Soo Ho, walaupun di luarannya nampak bahagia dan perfect couple gitu tapi masing - masing bimbang dengan apa yang akan berlaku di masa akan datang. Endingnya memang sad ending dan menyedihkan tapi pujian jugalah pada drama ini kerana berani buat kelainan dengan memberi ending yang tidak cliche. Namun rata - rata dari komen yang aku baca ramai yang tidak puas hati dengan ending drama ini, ramai yang marah dan tak suka dengan ending seperti itu. Aku juga baru habis menonton kesemua episod Drama Korea A Korean Odyssey dan ending drama tersebut pun agak tak begitu best hahaha. Berbalik pada drama ini aku bagi 7/10 Bintang untuk drama ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar