The Ritual - English Movie Review
Selalunya asyik buat review Drama Korea saja kan, so kali ini aku tukar sikit hehehe, sebab aku nak buat review filem orang putih pula yang bertajuk The Ritual. Filem The Ritual ini adalah filem seram yang berdasarkan Novel The Ritual karya Adam Nevill. Filem ini relase pada 8 September 2017 dan diarahkan oleh David Bruckner. Antara Pelakon Filem The Ritual ini adalah Rafe Spall, Arsher Ali, Robert James Collier, Sam Troughton, Paul Reid, Kerri Mclean, Maria Erwolter, Franceesca Mula dan ramai lagi. Bagi aku filem ini tak seram pun, tahap biasa - biasa saja seram tu hehe. Filem ini macam tak ada heroin sebab lebih fokuskan pada 4 sahabat yang pergi hiking kemudian melalui hutan sebagai jalan pintas untuk cepat sampai ke tempat yang ingin mereka pergi. Jadi pengajaran dekat sini, jangan sesekali menggunakan jalan pintas seperti melalui hutan kalau korang tak begitu pasti dan yakin tentang apa yang korang lakukan hehehe. Ikutkan jalan cerita filem ini simple dan straight to the point, tak ada plot twist yang besar atau mengejutkan tapi ending filem The Ritual ini sukar dijangka juga sebab hantu dalam filem ini bukanlah hantu tapi lebih pada makhluk mistik mitologi yang menakutkan ala - ala macam raksasa gitu.
Ikutkan 4 sahabat itu tak nak pun pergi hiking pun sebab diorang lebih prefer untuk pergi Vegas macam tu untuk reunion dan bercuti. Tapi disebabkan salah seorang kawan mereka telah dibunuh oleh perompak dan sebelum ini pernah mencadangkan untuk pergi hiking ini, so diorang decide untuk menunaikan hasrat kawan diorang tu. Kalau diorang berempat tak ikut jalan pintas tu, pasti tak ada benda yang tak baik berlaku pada diorang ni, tapi nak buat macam mana kan, kalau korang nak tahu diorang ini semua akan selamat atau tidak kenalah tengok filem ini nanti. Ending The Ritual ini agak happy ending jugalah walaupun macam - macam berlaku kan. Suasana dalam hutan itu agak menyeramkan jugalah malah pokok - pokok dalam hutan tersebut juga agak unik dan lain macam sikit, memang pandai diorang cari lokasi shooting yang menyeramkan dan unik gitu. Dah la suasana hutan tu lain macam, lepas tu ada pula rumah kosong yang terbiar dekat situ, jadi disebabkan hari dah malam serta hujan so diorang semua terpaksa bermalam di rumah kosong tersebut. Ketika tidur diorang mimpi macam - macam dan selepas itu semuanya mula menjadi tragis. Banyak scene - scene di waktu malam, so kadangkala agak annoying jugalah sebab asyik nampak gelap saja.
Sinematografi filem The Ritual ini memang cantiklah kan sebab shooting dekat kawasan hutan, plus pokok - pokok di kawasan hutan tersebut agak unik, cuma bila part malam saja dah tak nampak cantik kawasan hutan tu sebab gelap kan dan sedikit menakutkan kawasan hutan tersebut bila tiba waktu malam. 4 sahabat ini juga sering bergaduh ketika berada dalam hutan itu, masing - masing menyalahkan Luke yang menjadi punca pada kematian sahabat mereka itu. Luke sendiri juga tertekan dan menyalahkan dirinya serta turut trauma dengan kejadian sahabat mereka dibunuh itu kerana Luke juga berada di tempat kejadian. Kalau korang nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, kenalah tonton nanti. OST Filem The Ritual ini okeylah cuma aku suka lagu latar untuk scene - scene suspen dalam filem ini. Secara keseluruhannya, filem ini bagi aku biasa - biasa saja, nak tengok okey, tak nak tengok pun okey hahaha. Aku bagi 6.3/10 Bintang untuk filem The Ritual ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar