Sabtu, 10 Maret 2018

Tonton Film Sinopsis Telemovie Abang Kandung - Cerekarama TV3

Telefilem Abang Kandung, Telemovie, Cerekarama, TV3, Kisah Sedih, Pengajaran, Pelakon Telemovie Abang Kandung, Izzue Izlam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Ruminah Sidek, Hafiz Nolan, Sinopsis Telefilem Abang Kandung,
Sinopsis Telemovie Abang Kandung - Cerekarama TV3

Telefilem Abang Kandung telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 10 Mac yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Abang Kandung ini adalah Izzue Izlam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Ruminah Sidek, Hafiz Nolan dan ramai lagi. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Rashbir Media Sdn Bhd. Jalan cerita telefilem Abang Kandung ini sangat sedih okey, menyayat hati dan penuh air mata gitu. Banyak pengajaran dalam telemovie ini, apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye. Selamat Membaca okey. 

Sinopsis Telemovie Abang Kandung (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Saiful yang merupakan anak sulung dan menjadi kebanggaan kepada Pak Talib dan Mak Mah serta adiknya, Usop / Yusof. Namun segalanya berubah, apabila Saiful sering berfoya-foya, sehingga dia telah memperkosa Sara. Saiful kemudiannya meninggalkan kampung dan hidup bergelumang dosa di bandar dengan pil khayal, mabuk dan wanita. Bagaimanapun, dia tiba-tiba pulang ke kampung untuk meminta maaf daripada bapanya, Pak Talib, tetapi malangnya Pak Talib menghalau Saiful dan tidak membenarkannya tinggal di rumahnya. Adiknya, Yusof yang berniaga roti canai membawa Saiful ke rumah nenek mereka dan Saiful menumpang di situ. Dia akhirnya bekerja sebagai penoreh getah dan turut membuat beberapa pekerjaan lain. Lama - kelamaan Saiful mula jatuh sakit dan keadaan kesihatannya mula teruk.
Telefilem Abang Kandung, Telemovie, Cerekarama, TV3, Kisah Sedih, Pengajaran, Pelakon Telemovie Abang Kandung, Izzue Izlam, Syafiq Kyle, Nasir Bilal Khan, Norlia Ghani, Octovia Manrose, Ruminah Sidek, Hafiz Nolan, Sinopsis Telefilem Abang Kandung,
Saiful meminta pertolongan adiknya Yusof untuk memujuk bapa mereka supaya membenarkannya untuk pulang ke rumah. Yusof kemudiannya membawa abangnya pulang ke rumah, kemudian Yusof dan ibunya berusaha untuk memujuk Pak Talib, malah Yusof juga berjanji akan bertanggungjawab serta menjaga abangnya itu. Akhirnya bapa mereka mengalah dan membenarkan Saiful tinggal di rumah itu, walaupun begitu Pak Talib masih lagi marah serta benci pada anak sulungnya itu dan sering menyuruh Saiful keluar saja dari rumah itu. Manakala Saiful tetap berusaha untuk mendapatkan kemaafan bapanya itu, walaubagaimanapun Pak Talib masih keras hati dan tidak mahu memaafkan Saiful. Tak lama kemudian keadaan Saiful makin teruk, dia akhirnya muntah darah dan kini berada di hospital, Yusof cuba sebaik mungkin untuk menjaga abangnya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story, 2018,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar