Movie & Drama Korea Bulan April 2018
Dalam bulan April 2018 ini, aku berjaya menonton sampai habis 3 Drama Korea dan juga 3 Filem Korea hehe. Semua drama dan filem Korea yang aku tonton ini best - best belaka, masing - masing ada keistimewaannya yang tersendiri. Jadi jom tengok senarainya di bawah ini okey.
1) Mother (2018)
Pelakon: Lee Boo Young, Heo Yool, Lee Hye Young, Ko Sung Hee, Lee Jae Yoon, dan ramai lagi.
Drama 16 episod ini adalah remake daripada drama Jepun yang bertajuk Mother (2010) yang mengisahkan seorang guru ganti yang menculik anak muridnya sendiri disebabkan anak muridnya itu sering didera dengan teruk oleh ibu kandungnya serta kekasih pada ibunya. Pelakonnya memang best, jalan ceritanya pun suspen habis, touching gitu, rating IMDb untuk drama ini memang tinggi 9.0/10 gitu.
2) Misty (2018)
Pelakon: Kim Nam Joo, Ji Jin Hee, Jeon Hye Jin, Go Joon, Jin Ki Joon, Im Tae Kyung dan ramai lagi.
Drama 16 episod ini memang best, barisan pelakon memang power habis, perwatakkan heroin drama ini memang awsome iaitu sebagai seorang wanita yang kuat dan berani giler. Jalan cerita memang suspen siap ada plot twist gitu. Mengisahkan tentang Go Hye Ran yang bercita - cita tinggi dan merupakan seorang pembaca berita yang terkenal. Namun kerjayanya mula goyah apabila dia bakal digantikan dengan orang lain. Akibat terdesak, Go Hye Ran cuba melakukan segalanya untuk terus kekal, rumahtangganya juga berada di ambang penceraian, tak lama kemudian Go Hye Ran disyaki pula sebagai suspek utama satu kes pembunuhan. Rating IMDb untuk drama ini adalah 8.0/10.
3) Mourning Grave (Movie) - 2014
Pelakon: Kang Ha Neul, Kim So Eun, Han Hye Rin, Park Doo Sik, Kim Jung Tae dan ramai lagi.
Filem ini dibarisi oleh ramai pelakon popular dan mengetengahkan isu buli di sekolah serta bergenre seram gitu. Jalan cerita filem ini agak simple dan straight to the point tapi mempunyai mesej positif yang boleh dijadikan pengajaran oleh penonton. Filem ini tak seram mana pun hehehe, rating IMDb untuk filem ini adalah 6.0/10.
4) Queen Of Mystery 2 (2018)
Pelakon: Kwon Sang Woo, Choi Kang Hee, Lee Dae Hee, Park Byung Eun, Oh Min Suk dan ramai lagi.
Drama 16 episod ini kembali untuk season 2, aku mengharapkan season 3 sebab endingnya masih tergantung, orang jahat masih terlepas, tapi misteri mengenai Seo Hyun Soo dari season 1 telah terjawab dalam season 2 ini. Aku suka dengan keserasian pelakon utama drama ini serta watak - watak mereka yang makin sweet gitu plus ada banyak juga scene kelakar dan juga suspen.
5) Vanishing Time : A Boy Who Returned (Movie) - 2016
Pelakon: Gang Dong Won, Shin Eun Soo, Lee Hyo Je, Kim Hee Won, Kwon Hae Hyo dan ramai lagi.
Jalan cerita filem ini memang lain dari yang lain dan unik habis sebab bergenre fantasy gitu. Mengisahkan tentang 4 orang kanak - kanak, 3 lelaki dan seorang perempuan yang telah masuk hutan untuk melihat satu terowong yang akan diletupkan tidak lama lagi oleh para pekerja binaan disitu. Namun lain jadinya bila mereka semua terjumpa satu gua dan masuk ke dalamnya, tak lama kemudian mereka terjumpa sesuatu di dalam gua tersebut yang akan merubah hidup kesemua mereka. Tak lama kemudian ketiga - tiga kanak - kanak lelaki tersebut hilang tanpa dapat dikesan, hanya Soo Rin yang dijumpai dan terselamat. Soo Rin sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang terjadi dan dirinya menjadi perhatian orang ramai kerana menjadi satu - satunya mangsa yang terselamat. Namun dirinya mula dikecam selepas dirinya tak dapat menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Sehinggalah beberapa hari kemudian, seorang lelaki misteri menyapanya dan mengatakan dirinya adalah kawan Soo Rin yang hilang iaitu Sung Min yang secara ajaibnya telah berubah menjadi lelaki dewasa. Apa sebenarnya yang berlaku?, memang syok layan movie ini, jalan ceritanya agak sedih juga terutamanya untuk watak Sung Min itu.
6) Cheese In The Trap (Movie) - 2018
Pelakon: Park Hae Jin, Oh Yeon Seo, Park Ki Woong, Yu In Young, Sandara Park dan ramai lagi.
Bila tengok Filem Cheese In The Trap ini, aku memang tak dapat lari dari membandingkan versi filem dan juga versi dramanya, walaupun hero untuk kedua - dua versi tersebut masih sama iaitu Park Hae Jin. Dalam versi filem, jalan ceritanya memang mengikut cerita asal seperti dalam webtoon itu, malah wajah, imej dan juga karakter pelakon juga ada iras dan hampir sama seperti dalam webtoon tersebut. Manakala endingnya juga happy ending tidak seperti versi drama, namun versi drama mungkin lebih baik sebab lebih terperinci dan kelakar. Dalam versi filem, jalan cerita memang lebih banyak memfokuskan watak Yoo Jung dan Hong Seol manakala versi drama pula nampak di pertengahannya macam lebih berfokuskan pada watak Baek In Ho dan Baek In Ha. Walaubagaimanapun aku okey je mana - mana versi janji ada Park Hae Jin hahaha.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar