Review Filem Baar Baar Dekho (Bollywood Movie)
Kali ini aku nak buat Review Filem Hindustan pula, asyik Korea saja kan, so kali ini tukar sikit, lagipun dah lama aku nak buat review filem ini tapi asyik tertangguh je. Maksud Baar Baar Dekho ini adalah Look Again and Again dan release pada 9 September 2016 serta diarahkan oleh Nitya Mehra. Antara Pelakon Filem Baar Baar Dekho ini adalah Sidharth Malhotra, Katrina Kaif, Sayani Gupta, Kirti Adarkar, Taaha Shah Badusha, Ram Kapoor, Rajit Kapur, Sarika, Sagar Arya dan ramai lagi. Gandingan Sidharth Malhotra dan Katrina Kaif sebagai hero dan heroin dalam filem ini memang nampak serasi dan sepadan betul. Maklumlah heronya handsome, heroin pula cantik jelita, so memang sepadan kan. Aku tertarik nak tengok movie Baar Baar Dekho ini lepas tengok trailer movie ini dekat TV, bila tengok trailer memang nampak macam best saja movie ini, plus aku juga suka dengan semua barisan pelakon filem ini. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini berat dan complicated sikit tapi rupanya tidak, sebab jalan ceritanya senang nak faham dan straight to the point dan tak ada plot twist pun. Filem ini berkonsepkan time travel, asal tidur saja watak Jai Varma yang dilakonkan oleh Sidharth Malhotra akan time travel ke masa akan datang dan berpeluang untuk mengubah masa depannya dengan tindakan dan keputusan yang diambil ketika itu.
Aku tak begitu suka dengan konsep bermimpi dalam filem ini atau pun asalkan tidur dia dapat time travel, macam boring sikit sebab nampak senang je. Aku juga tak puas hati dengan ending movie Baar Baar Dekho ini sebab terlalu simple dan of courselah happy ending kan. Apa pun agak annoying dengan sikap Jai Varma itu sebab terlalu pentingkan karier dan kerjayanya saja tanpa fikirkan perasaan kekasihnya Diya Kapoor yang dilakonkan oleh Katrina Kaif. Scene ketika ketika Jai Varma sendirian di masa tuanya serta kehilangan ibunya, malah dirinya juga turut hilang isterinya dan bekas isterinya kini bahagia dengan suami barunya tu agak sedih jugalah. Namun dah konsep filem ini time travel kan, jadi Jai Varma ada peluang untuk mengubah masa depannya itu. Tapi bila Jai Varma ada peluang pun dia masih buat kesalahannya, tapi macam aku cakaplah Jai Varma tu sangat bernasib baik sebab masih dapat mengubah masa depannya itu. Manakala OST Baar Baar Dekho ini biasa - biasa saja bagi aku, tak ada lagu dalam filem ini yang berjaya menarik minat aku. Pendek katanya filem ini biasa - biasa saja bagi aku dan aku bagi 6/10 Bintang untuk movie ini. Jom layan sinopsis filem ini dibawah okey.
Sinopsis Filem Baar Baar Dekho (Bollywood Movie)
Mengisahkan Jai Varma dan Diya Kapoor yang bercinta sejak zaman sekolah lagi, Jai kemudiannya menjadi Professor Matematik di sebuah universiti manakala Diya pula merupakan seorang pelukis / artist dan sering mengadakan pameran hasil seninya. Kedua - dua mereka berjaya dalam karier masing - masing. Jai Varma seorang yang bercita - cita tinggi, dia ingin ke peringkat lebih tinggi lagi dengan mengajar di luar negara pula manakala Diya pula mengajak Jai untuk berkahwin kerana mereka sudah lama bercinta. Jai yang berat hati nak berkahwin akhirnya menurut saja kehendak Diya untuk mereka berkahwin. Persiapan majlis perkahwinan mula dibuat, seluruh ahli keluarga mula datang bertandang ke rumah Jai dan membuatkan Jai rimas. Jai makin stress dengan pelbagai adat resam perkahwinan yang perlu diikutinya dan Jai mula menyesal kerana bersetuju untuk berkahwin. Tak lama kemudian Jai dan Diya bergaduh besar disebabkan Jai tidak bersetuju dengan tindakan bapa Diya yang cuba mengatur hidupnya selepas berkahwin nanti. Akibat terlampau marah, Diya dan Jai Varma memutuskan untuk berpisah. Selepas pergaduhan tersebut, Jai tertidur dan apabila dia bangun, dia mendapati dirinya berada di sebuah hotel di Thailand dan Diya turut bersamanya.
Jai terkejut apabila mengetahui yang dirinya dan Diya telah berkahwin dan kini mereka sedang berbulan madu di Thailand. Jai langsung tidak mengingati bila dirinya berkahwin dengan Diya. Pada hari yang berikutnya, Jai mula panik dan terkejut selepas bangun dari tidurnya apabila mengetahui dah 2 tahun dia berkahwin dan kini Diya sedang sakit nak bersalin anak pertama mereka. Selepas itu Jai mula sedar yang dirinya kini merentas masa (time travelling) namun Jai tidak mampu nak berbuat apa - apa. Tak lama kemudian Jai mendapati dirinya berjaya mencapai cita - citanya dan kini dia menjadi sedikit berusia dan mendapati sudah 18 tahun dia berkahwin. Walaubagaimanapun Jai terkejut berjumpa dengan Diya di mahkamah untuk bercerai, Jai tertanya - tanya apa yang terjadi sebenarnya?. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar