Camy Wakil Sarawak Tersingkir - Clever Girl Malaysia 2017
Assalammualaikum.
Jumaat lepas aku menonton Clever Girl Malaysia Musim Kedua di TV3 yang akhirnya menyaksikan wakil Sarawak iaitu Camy tersingkir. Di awal rancangan lagi, aku tengok para peserta Clever Girl dah berebut menekan buzzer untuk menjawab, walaupun pilihan jawapan tidak habis disebut oleh Hos Clever Girl iaitu Alif Satar. Hal ini mungkin kerana peserta risau kalau peserta lain dapat menjawab terlebih dahulu, maka mereka sengaja menekan buzzer lebih awal, atau pun mungkin diorang confident jawapan diorang betul jadi cepat - cepat diorang menekan buzzer hehehe. Namun alangkah lebih elok kalau semua peserta menunggu soalan dan pilihan jawapan habis dibacakan oleh Alif Satar kemudian barulah menekan buzzer. Benda ni bukan jadi sekali dua, tapi banyak kali dan memaksa Alif Satar untuk membaca soalan dan pilihan jawapan lebih laju berbanding sebelum ini disebabkan para peserta tak sabar nak menjawab soalan tersebut hehehe. Berdasarkan pemerhatian aku, soalan - soalan yang diberikan dalam Clever Girl minggu ini, memang susah juga, hanya satu dua soalan yang mudah dijawab, soalan lain memang agak susah.
Peserta Clever Girl dari Kelantan iaitu Shaza dan Ika dari Sabah bersaing dalam pusingan penentuan juara mingguan dan akhirnya menyaksikan Ika yang merupakan wakil Sabah berjaya menjadi juara mingguan dan mendapat imuniti untuk minggu akan datang. Manakala Camy dari Sarawak serta Fadila yang merupakan wakil dari Negeri Sembilan terpaksa bersaing dalam pusingan penyingkiran. Agak kesian juga dengan Fadila ni sebab dia rajin menjawab soalan tapi jawapannya sentiasa salah dan akhirnya terpaksa ke pusingan penyingkiran. Manakala Camy pula ikutkan berjaya menjawab beberapa soalan dengan tepat namun nasib tak menyebelahinya dan terpaksa ke pusingan penyingkiran. Di pusingan penyingkiran pula, Fadila dan Camy sama - sama memilih untuk Tanya Malaysia, namun setelah ada jawapan, mereka sama - sama tidak mengikut pilihan jawapan yang diberi oleh Malaysia. Jawapan pilihan Malaysia ternyata salah untuk soalan yang diajukan pada Fadila tapi betul buat soalan untuk Camy. Walaubagaimanapun memang nasib dan rezeki memihak pada Fadila kerana berjaya menjawab soalan terakhir dengan pantas dan tepat. Akhirnya Camy terpaksa meninggalkan Clever Girl Malaysia Musim Kedua.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar