Baca Online Novel Titian Cinta (Drama Adaptasi Novel)
Assalammualaikum..
Nampaknya kali ini giliran Novel Titian Cinta karya Novelis Ridhya Iman, yang akan diadaptasikan menjadi drama bersiri dan sudah mula disiarkan di Slot Akasia TV3. Kalau baca dari sinopsis Novel Titian Cinta ini, memang nampak menarik juga jalan ceritanya. Manakala versi dramanya iaitu Drama Titian Cinta ini juga dibarisi oleh ramai pelakon best seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah, Tisha Shamsir, Daler Yusuf, Dian P.Ramlee, Marisa Yasmin, Dottie dan ramai lagi. Watak utama Novel ini iaitu Umayr Harris akan dilakonkan oleh Zul Ariffin, manakala watak Rahadatul Aisy akan dilakonkan oleh Farah Nabilah. Selain itu watak Rayyan akan dilakonkan oleh Daler Yusuf, watak Sofia pula akan dilakonkan oleh Tisha Shamsir dan lain - lain lagi. Jadi sambil - sambil tengok Drama Titian Cinta di Slot Akasia TV3 tu, korang juga boleh baca Novel Titian Cinta ini secara online saja, caranya, korang hanya perlu klik Link di bawah ini ye. Jadi Selamat Membaca ye, link - link dibawah ini credit to blog penulis novel ini sendiri iaitu Ridhya Iman.
Sinopsis Novel Titian Cinta
Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.
“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris
“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy
“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris
Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.
“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy
Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.
Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.
Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar